Hantaran tunang satu set PC Gaming!?

Tak dapat hantaran macam orang lain tidak mengapa, asalkan dapat main game bersama-sama!

racun-tech-hantaran-tunang-barangan-pc-gaming

Di Indonesia, telah ada satu majlis pertunangan berlangsung pada 18 August dan apa yang menarik tentang majlis kali ini adalah pada hantaran tunang itu sendiri. Hantaran tunang itu adalah barangan PC Gaming. Yes, tak lain dan bukan, lelaki itu, Ervan Pratama telah memberikan hantaran barangan PC Gaming bernilai IDR 10 juta (RM2934) untuk majlis tunang itu.

Dalam post Facebook yang di mana terbitnya artikel ini, telah mengumpul sebanyak 542 likes dan 954 shares.

racun-tech-hantaran-tunang-barangan-pc-gaming

Menurut Coconuts Jakarta Erwan Pratama juga telah berkongsi yang hantaran tunang barangan PC Gaming ini adalah kehendak mereka berdua. 

Barangan PC Gaming itu, yang terdiri daripada Gigabyte Aorus Elite B450M MOBO, AMD Ryzen 5 3600 processor, Corsair HX750 PSU, dan Gigabyte AMD Radeon RX 5700 XT VGA. 

Bukan barangan biasa-biasa untuk majlis tunang bukan? Itulah hantaran yang diberikan oleh Erwan untuk kekasihnya, Tiara, pada hari bertuah mereka. Erwan berkata yang kekasihnya Tiara kebiasaannya bermain first person shooter game seperti Battlefield 1 bersamanya. 

Erwan juga berkata “Bila-bila dia berasa penat dan letih daripada kerja, dia boleh segarkan diri balik selepas pulang ke rumah, samada dengan bermain game ataupun tengok filem bersama-sama dengan saya.”

Menurut Erwan jugak, dia berkata “Saya tak kisah apa yang orang lain berkata, niat saya hanyalah untuk membuatkan dia bergembira.”

Sangat sweet betul? Tunggu apa lagi, pergi melamar dengan belikan barangan PC Gaming hehe, confirm terima tanpa syarat!

See Also: Capcom memilih beberapa fans untuk menguji Resident Evil baru!, Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!, NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!, Apex Legends streamer banned sebab dapat tembakan nasib, Moderator terpedaya, Ninja kena hack di Instagram!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: