Hideo Kojima Buat Private Sneak Peek Death Stranding!?



What!? Hideo Kojima buat private showcase game Death Stranding selama 2 jam!? Huhu tapi malangnya bukan dekat public tapi Hideo Kojima buat private showcase ni dekat company yang buat game Horizon Zero Dawn iaitu Guerrilla Games. Guerrila Games ni jugak sebenarnya yang bagi engine untuk Hideo Kojima buat game Death Stranding ni iaitu Decima Engine yang digunakan untuk buat game terkenal macam Horizon Zero Dawn dan Killzone Shadow Fall. Antara orang daripada Guerrilla Games yang hadir dalam showcase private ni adalah director untuk game Horizon Zero Dawn dan Killzone series Mathijs De Jonge, dan jugak managing director and salah seorang co-founder Guerrilla Games tu sendiri Hermen Hulst dan ramai lagi.

Hideo buat showcase private ni selama 2 jam dan semua yang ada masa showcase ni sangat terkejut dan response daripada diorang kebanyakannya speechless masa tengok showcase tu. Malangnya, semua tentang showcase tu tak didedahkan di mana-mana laman social tapi yang ada hanya lah response daripada staff daripada Guerrilla Games yang menunjukkan terkejutnya diorang.

 

Seperti trailer di atas, tak banyak yang kita tau pasal game bergenre action ni selain trailer yang di release haritu. Character utama dalam ni adalah Sam yang dimainkan oleh actor terkenal Norman Reedus. Apa yang diketahui hanyalah kalau player mati, diorang akan dihantar ke dunia terbalik yang dipenuhi air dan elemen hujan dikenali sebagai “Timefall” yang buatkan apa-apa benda atau manusia yang ia sentuh jadi tua atau rosak.

Kepada sesiapa yang tak tau, Hideo Kojima sangat dikenali dengan kreativitinya dalam bidang game making ni seperti masterpiece dia sebelum ni iaitu Metal Gear Solid series. Melalui response daripada staff Guerrilla Games, diorang berkata “masterpiece” Hideo ni tak complete lagi dan bila dah siap sepenuhnya mungkin akan mendapat sambutan yang hangat kaw-kaw. Well, kita tak boleh lah nak cakap apa selain daripada tengok trailer yang dikeluarkan oleh Kojima Productions yang menunjukkan sedikit je gameplay daripada game tu. Tapi yang pasti, game ni dah dapat positive review daripada game maker Horizon Zero Dawn dan Killzone series dan bro sendiri tak sabar nak tengok gamenya macam mana bila dah siap sepenuhnya nanti.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: