Hitman 2 Expansion Baru, Iaitu Di Bank New York, Keluar Esok

Ianya Seperti Apa Yang Kita Mahukan Dalam Level Hitman 2

Lokasi utama baru untuk expansion Hitman 2, di sebuah bank terletak di New York, akhirnya akan keluar esok. Trailer di atas menunjukkan apa yang dijangka akan ada dalam sebuah bank iaitu sekuriti yang ketat dan mengenalkan korang terhadap target terbaru korang yang memang layak diburu iaitu director Athena Savalas.

Untuk bermain dalam level ini, korang perlu mempunyai samada Silver Edition, Gold Edition ataupun Expansion Pass untuk PC game Hitman 2 ini. Expansion level ini dikeluarkan pada hari Rabu pukul 1:00 A.M. nanti. Level bank ini dijelaskan sebagai “sandbox” level iaitu mempunyai banyak pilihan dan minimal character dalam satu map. Map ini akan dilancarkan dengan contract mode dibenarkan, sekali dengan feature 15 level “location mastery”.

Penjelasan Kepada Jalan Cerita Expansion Level New York

racun-tech-hitman-2-athena-savalas

Penjelasan telah diberikan oleh IO Interactive mengenai expansion level ini. “Selama beberapa tahun, Savalas telah membangunkan ketidaksukaan yang banyak kepada orang berkelaskan sederhana. Dia mengurangkan pelanggan dalam senarai bank dengan tabiatnya iaitu “kurang itu lebih” dengan pendekatannya kepada perniagaan kecil dan sederhana. Kini ada khabar angin tentang perjudian haram dengan menggunakan duit client dan kewangan bank yang melibatkan Athena Savalas dan dia ingin menutup jejak dia walaupun terpaksa menggunakan cara apa-apa sekali pun”.

Director bank yang tamak dan jahat seperti Athena Savalas ini memang jadi target yang sesuai untuk Hitman pada tahun 2019. Jika korang ingin bermain expansion level ini, jangan lupa beli game Hitman dan beli yang ada samada Silver Edition, Gold Edition ataupun Expansion Pass untuk dapatkan level expansion New York ini.

Sumber: PCGamer

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: