Screen Kedua Sangat-Sangat Membantu Kalau Korang Adalah Seorang Streamer

Harini HP (Hewlett Packard) dah melancarkan laptop terbaru diorang iaitu dual-screen laptop gaming HP Omen X 2S. Dual screen bukan screen dia pecah dua, nope, bukan yang split screen tu. Tapi dual screen ni adalah satu screen yang display seperti biasa dan satu lagi display mini 1080p 6-inch di atas keyboard. Screen secondary ni telah di design secara real time screen mirroring yang boleh cut atau magnify daripada screen utama untuk korang zoom in semasa gaming.

Bukan tu jer tapi kegunaan secondary display ni jugak korang boleh bukak apps atau software lain. Contohnya tengah main game tapi nak chat dengan kawan? Bukak lah Discord. Kalau tengah bosan baca buku tapi nak tengok video sekali gus? Baca lah sambil bukak Youtube. Kalau tak pun setkan secondary screen ni kepada CPU dan GPU performance monitoring. Senang dan simple bukan?

Tapi bukan itu sahaja kegunaannya. Dual screen ni sangat penting seandainya korang adalah seorang streamer. Kebiasaan streamer akan menggunakan dua monitor untuk streaming satu dan tengok chat oleh viewer satu. Tapi dengan laptop yang dibuat oleh HP ni, korang boleh buat kedua-duanya, di mana sahaja korang berada (laptop bro, bawak lah kemana-mana hehe). Kalau korang rasa-rasa buntu dalam game pun boleh jer bukak tutorial di Youtube dan pasang di secondary screen.

racun-tech-hp-omen-x-2s

Specification HP Omen X 2S

Untuk spec laptop gaming Omen X 2S ni, monitornya bersaizkan 15-inch 1080p dengan refresh rate sebanyak 144Hz. Tapi diberi pilihan untuk upgrade kepada screen display 240Hz refresh rate ataupun terus ke 4K HDR version. Kalau dah power macam tu, mesti lah CPU atau processor pakai yang power-power kan? Untuk laptop gaming HP Omen X 2S ni, ianya memakai CPU Intel’s 9th Gen Intel Core i9 8-core.

Kita teruskan pulak dengan GPUnya iaitu memakai GPU RTX 2080 Max-Q bersama dengan RAM 32 GB. Disebabkan spec laptop ni dah padu, HP menggunakan system cooling yang special punya. Cooling system ni  melibatkan penggunaan compund liquid metal yang dipasang kepada CPU. Itu akan menyejukkan CPU, membuang segala haba yang ada dalam laptop tu dan menaikkan performance. Tapi kita perlu menunggu benchmark untuk memastikan padu mana cooling system baru ni.

racun-tech-hp-omen-x-2s-laptop

Tebal Dan Harga

Tak lupa jugak yang laptop agming HP Omen X 2S ni bertebalkan 22mm dengan full metal chassis. Selain apa yang E-jam cerita ni, HP takda reveal apa-apa tentang nyawa battery dan beratnya. Dikatakan laptop ni akan mula dijual pada bulan June dengan harga $2099 (RM8760).  Sehingga tu, kita tunggu dulu bois, keep it classy, stay safe dan ciao~

Sumber: The Verge

See Also: Ubisoft Confirm Game Splinter Cell Baru (Troll), Dauntless Jadi Full Release Minggu Depan!!!, A Plague Tale: Innocence Game Dengan Story Menarik, Iron Man Atau One Punch Man Pilihan Korang Dalam MH:W?

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: