Kerajaan US Menyuruh Google Menarik License Android Daripada Semua Hardware Huawei, Memaksa Huawei Untuk Memakai Android Open Source Project

racun-tech-huawei-ban-us-government

So, adakah korang seorang pengguna product phone Huawei? Tapi adakah korang sedar bahawa Huawei dan US tengah ada problem besar sekarang ni? Okay kita mulakan daripada mula dulu ye. Huawei adalah satu company tech yang membuat smart phone daripada China. Huawei telah menempah nama secara international dengan phonenya yang canggih, best, dan so on. But baru-baru ni Huawei jugak telah menempah nama dengan issue yang ditimbulkan di US.

Issue tu adalah adakah Huawei ni salah satu tool daripada kerajaan China dalam menjadi spy untuk diorang? Baru-baru ni Huawei dah tengah develop phone yang menggunakan 5G coverage dan tu sangat-sangat lah orang suka kan? Come on, siapa yang tak suka layari internet dengan internet speed laju kan? Takkan NASA je yang mampu layari internet dengan kelajuan 91GB/s (di angkasa) betul tak? Huawei jugak sangat popular sampai terjual sampai ke pasaran international.

Macam Mana Tercetusnya Benda Ni?

racun-tech-huawei-phone-ban

Tapi US sekarang menuduh Huawei dengan dua benda, iaitu membuat secret business dengan Iran (mengelakkan diri daripada US tau) dan menjadi spy kepada kerajaan China. So kita masuk kepada salah satu main topic kita iaitu kenapa Huawei banned daripada semua service Android dan Google. So President US, Trump telah mengisytiharkan untuk menutup segala service Android dengan Huawei. Ni sebab yang kita cakap tadi iaitu Huawei menjadi spy kepada kerajaan China.

Seperti yang korang tau, Huawei adalah pioneer, ataupun antara yang pertama untuk meneroka 5G network smartphone. Tapi disebabkan Huawei ni sangat popular, dan perkembangan teknologi terbaru diorang ni, US bersangka yang Huawei ni adalah satu alat spy kerajaan China. Dikatakan diorang menuduh Huawei menjadi spy untuk kerajaan China dengan mencuri informasi atau spy network US. Daripada situ lah makin besar issue di antara US dan Huawei ni.

Selain tu jugak, pada December lepas, Chief Financial Officer Huawei iaitu Meng Wangzhou telah ditangkap di Canada atas arahan US Justice Department. Dia ditangkap atas tuduhan menolong Huawei melepasi sekatan US dan berurusan secara rahsia dengan Iran. 

Kesan Ban Kepada Product Huawei?

racu-tech-huawei-phone

So, kesan daripada service Google Play dan Android ditarik adalah minimal kepada China secara keseluruhan. Tapi sangat besar impaknya bagi Huawei. Reason kepada ni sebab phone diorang bergantung kepada marketing melalui Google Play dan Android. Kalau korang adalah seorang Android user, korang mesti sedar betapa bergunanya Android ni kepada kita. Kita akan dapat security, updates dab sebagainya yang membuatkan smartphone kita ni lebih berguna, compact dan selesa untuk dipakai. Tapi ketiadaan service seperti Google Play, Android apa tu semua membuatkan korang susah nak pakai phone tu nanti contohnya korang tak boleh pakai Google Maps, Gmail dan sebagainya.

So, lepas dah kena ban daripada menggunakan sebarang service Google Play dan Android, Huawei pun terpaksa menggunakan AOSP. AOSP adalah Android Open Source Project, dan benda ni yang membolehkan korang update apa-apa (seandainya pihak mereka membolehkan security system update sekiranya diorang menggunakan system update diorang sendiri). Walaupun dah kena banned, jangan risau sebab korang masih lagi boleh pakai phone Huawei yang korang miliki sekarang ni. Google Play dan Google Play Security pun masih berjalan lagi di phone korang, melalui kata-kata Google sendiri.

So untuk menjawab persoalan korang, sekarang ni korang boleh pakai macam biasa, tapi phone Huawei pada masa akan datang akan mengalami kesusahan. Kesusahan tu seperti tak boleh pakai Google Play, Google Search dan sebagainya berkaitan Google Play dan Android. Selain tu, kalau korang rasa seperti “kalau macam tu boleh je guna lagi kan?”, boleh tapi kalau kita di China, kita boleh pakai Baidu atau Tencent (search engine).

racun-tech-android-google-play

Huawei sebenarnya dah lama diberi tekanan daripada President US Trump dan kerajaan US tu sendiri disebabkan takut kepada penggunaan phone diorang sebagai alat spy. US Intelligence Agency dah memberikan warning kepada pengguna untuk berhenti dan mengurangkan penggunaan phone Huawei atau ZTE atas sebab diorang spy orang melalui phone tu. US sendiri sudah menggelarkan company ni sebagai “alat kepada kerajaan China” 

Conspiracy Theories? Conclusion?

So, ramai yang berkata ni adalah conspiracy US untuk menjatuhkan salah satu pesaing terhebatnya semata-mata taknak diorang maju dalam business smartphone? Kalau betul, ni adalah salah satu logical explanation sebab diorang dengan mudahnya dah lumpuhkan sistem marketing diorang dengan menarik license Android diorang.

Dikatakan tindakan macam ni hanya membuatkan warga US dan China lebih benci (dah lama tak suka tapi lagi ditambah minyak kepada api) kepada kerajaan US. Sebab tindakan macam ni akan menyusahkan pengguna yang sudah memiliki phone Huawei.

Kalau betul, maka Apple dan Samsung lah yang boleh menaik sekarang ni dan mendahului dengan membuat phone 5G diorang sendiri. Tapi yang ironiknya, spare part dan barangan smartphone Apple dibuat sendiri di China. So macam mana ni?? Tapi yang pasti ramai tak puas hati dan marah dengan kerajaan US atas sebab ban ni.

So dengan itu, apa yang boleh dikatakan sekarang ni adalah, korang boleh berhenti dulu atau mengurangkan pengisian info peribadi korang ke dalam phone Huawei atau ZTE. Bukan tu je, tapi dengan ketiadaan service Google Play dan Android, susah korang nak pakai phone tu nanti. Terasa korang macam pakai phone Nokia 3310. Untuk maklumat lanjut, E-jam akan inform kepada korang apa-apa pasal Huawei ni okay? Keep it classy, stay safe dan ciao gais~

See Also: Borderlands 3 Exclusive Epic, Review Bombed, Ubisoft Tinggalkan Steam Untuk Epic Games Store!!, A Plague Tale: Innocence Game Dengan Story Menarik, Iron Man Atau One Punch Man Pilihan Korang Dalam MH:W?

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


  • author image
    Deyo Reply
    May 20, 2019 @ 23:43 pm

    Eleh.. Spare part iphone memang d psng kat china.. Tp part memang ori dr iphone.. So.. Klu dorg x nk psmg kat china pun.. Dorg masi bole pasang sdri.. Sdgkn bom atom US bole buat.. Apalagi setakat pasang memasang part… Hahaha

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: