Huawei telah lancarkan 3 telefon model Mate 20 sekaligus?! Lagi canggih dari Switch??

Seharian yang lepas, Huawei telah melancarkan tiga produk barunya iaitu smartphone model Mate. Ini adalah keluaran pertama produk telefon Huawei yang dilancarkan sekaligus daripada tiga smartphone iaitu Huawei Mate 20, Mate 20 Pro, dan Mate 20 X. Dikatakan Mate 20 X ini fokus sebagai Gaming phone yang yang menjadi pesaing hebat untuk Nintendo’s Switch.

Produk terbaru ini dilengkapi dengan Processor Kirin 980 yang kuat, AI yang mempunyai peningkatan kuasa, lebih responsif dan paling utama adalah untuk gamers iaitu Mate 20 X. Meh tengok setiap feature Mate 20 ni.



Huawei Mate 20 dan Huawei Mate 20 Pro

  • Huawei Mate 20 series dilengkapi dengan processor Kirin 980 Soc,NPU, CPU dan GPU daripada telefon generasi sebelumnya, ianya membolehkan buka aplikasi dan kelajuan tindak balas dengan cepat.
  • Mempunyai permukaan 2K skrin OLED 6.39 inci, skrin yang mempunyai fingerprint untuk membuka kunci telefon dengan lebih mudah.
  • Mempunyai reka bentuk curve di bahagian belakang agar pengguna berasa selesa bila memengangnya dan merupakan smartphone pertama yang menggunakan Android 9 Pie!
  • Smartphone yang pertama di dunia yang menggunakan kad memori nano.
  • Huawei Mate 20″ adalah yang pertama di dunia menyokong LTE Cat.21, Muat turun 1.4Gbps yang paling laju, dan kadar sambungan WiFi setinggi 1733 Mbps.
  • Menggunakan kanta Leica, gabungan pixel 16MP, 12MP dan RMK-8 dan Mate 20 Pro menggunakan kombinasi 40mP, 20MP dan RMK-8 Sebagai tambahan kepada teknologi fotografi sudut lebar

Huawei Mate 20 X

  • Dilengkapi dengan processor Kirin 980 Soc, skrin lebih besar dengan skrin 7.2 inci, dan support Hand-Writing.
  • Bateri 5,000mAh dan mempunyai ketahanan yang lebih tinggi
  • Boleh digabungkan dengan gamepad untuk membuat telefon menjadi game console.

Menurut pihak Huawei, mereka membuat Mate 20 X ini lebih hebat daripada Switch yang mempunyai lebih besar skrinnya dan ketahanan bateri lebih lama daripada Switch itu. Paling best sebab Mate 20 X ni ada add-on gamepad!

Bagaimana pula dengan harganya?

  • Huawei Mate 20: EUR799 (kira-kira RM3,840) untuk 4GB + 128GB, satu lagi berharga EUR849 (lebih kurang RM4,080)! untuk 6GB + 128GB
  • Huawei Mate 20 Pro: EUR1,049 (kira-kira RM5,041)! 6GB + 128GB
  • Huawei Mate 20 X:  6GB + 128GB sahaja yang ada e-sukan, berharga EUR899 (kira-kira RM4,320)

Smatphone Huawei Mate 20 ini akan dikeluarkan pada 16 Oktober dan 26 Oktober. Nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke Website Huawei ini.

*Hm.. mahal jugak lah harga dia.. Baik sis beli PC. hahaha

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 

 


Leave a Comment

Scroll to Top