Illegear Onyx, bukan sekadar laptop slim yang biasa-biasa!

Illegear Onyx, laptop slim yang power!

racun-tech-illegear-onyx

Illegear Onyx adalah merupakan salah satu laptop keluaran Illegear dan ianya sangat power! Onyx menggunakan processor i7- 9750H dan jugak menggunakan GPU RTX 2060/2070. Laptop gaming ni dilengkapi dengan GPU Boost yang memang akan boost performance GPU korang untuk korang bermain sampai ke tahap maksimum. Onyx ni mempunyai Mechanical Keyboard v2 GENESWITCH Brown (silent) bagi memberikan ketekunan dan key stroke depth (Onyx 2.8mm).

Laptop Illegear Onyx ini jugak memang dikenali dengan design INFINIVISION Bezel-less Technology. Technology Bezel-less ni mengurangkan form factor daripada 15.6″ Onyx kepada appearance sleek iaitu 14″. Begitu jugak dengan laptop Illegear Selenite daripada 17.3″ kepada 15.6″. So korang dapat bermain game dengan kemampuan full perspective display di laptop gaming korang. Design kepada laptop ni jugak memfokuskan kepada kenipisan laptop-laptop ni.

Dikatakan ultra-slim dan ultra powerful, Onyx yang hanya 359 (W) x 240 (D) x 19.9 (H) mm dan berat sebanyak 1.95kg. Jangan fikir yang slim macam ni bermaksud yang laptop ni tak power tau gais. Walaupun slim, ianya tak, daripada mana-mana segi, menganggu performance yang mengancam laptop gaming ni.

Tiga feature penting dalam Illegear Onyx!

racun-tech-illegear-onyx

Tetapi terdapat tiga benda yang perlu dititikberatkan secara lebih tentang laptop ini. Tiga benda itu adalah laptop ini menggunakan 2.5 inch Seagate Barracuda 1TB HDD, Mechanical Keyboard V2 daripada GENESWITCH Brown (Silent) dan GPU Boost.

2.5 Inci Seagate Barracuda Pro 1TB HDD 7200RPM

Seperti mana yang korang tahu, HDD merupakan tempat di mana kita simpan barang personal dan sebagainya ke dalam itu. Untuk laptop Illegear Onyx ini, Illegear memakaikan 2.5 inci Seagate Barracuda Pro 1TB HDD 7200 RPM. Apa itu RPM? RPM adalah “Revolutions Per Minute”. Dalam setiap hard disk ada satu disc yang berputar dalamnya. Makin banyak jumlah RPM, makin laju HDD itu. So dengan penggunaan Seagate Barracuda Pro 1TB yang mempunyai RPM sebanyak 7200 ini sangat sesuai jika korang adalah seorang gamer yang simpan banyak barang berkaitan game-game dan mempunyai file game yang besar.

Mechanical Keyboard v2 by GENESWITCH Brown

Seperti yang korang tahu, keyboard ada beberapa jenis yang dipakai dalam dunia PC Gaming ini. Untuk Illegear Onyx, mereka memakai Mechanical Keyboard V2 GENESWITCH Brown. Brown, seperti yang diceritakan dalam jenis-jenis keyboard switches, Brown adalah tactile non-clicky dan merupakan pilihan para gamers. Brown sangat sesuai untuk typing dan gaming jadi tidak menjadi masalah jika korang adalah kedua-duanya.

GPU Boost

Mesti ramai yang tak pernah dengar tentang GPU Boost ini. Pada laptop Illegear Onyx ini ada GPU Boost, iaitu satu feature di mana ianya akan boost atau menambah kuasa pada GPU untuk menghasilkan gaming experience yang bagus dengan memaksimakan frame rate daripada GPU tersebut. Jika korang mempunyai laptop ini, tidak perlu risau jika performance korang drop dengan adanya feature GPU Boost.

racun-tech-illegear-onyx-mechanical-keyboard

Specification laptop Illegear Onyx ini boleh dilihat di bawah:

  • Display: 15.6″ FHD Anti-glare 144Hz IPS sRGB 100% Display featuring INFINIVISION Bezel-less Technology
  • Processor: 9th Gen. Intel Core i7-9750H (Six Core, 12M Cache, 2.6GHz to 4.5GHz)
  • Graphics Card: Nvidia GeForce RTX 2070 8GB GDDR6 with Optimus (Max-Q & GPU Boost)
  • Configure Your Keyboard: Mechanical Keyboard v2 (2.8mm, Cap 2) by GENESWITCH Brown (Silent) featuring Per-key RGB and N-key Roll-over
  • Thermal Compound: Stock Standard Thermal Compound – CPU & GPU
  • RAM: 16GB Dual Channel DDR4 RAM – 2 X 8GB
  • 1st M.2 Solid State Drive: 512GB M.2 PCIe NVMe Solid State Drive (3200r|2000w mbps)
  • 1st 2.5″ SATA Drive: 1TB Seagate Barracuda Pro 7200RPM Hard Drive (2 Year Hardware Failure Data Recovery)
  • Wireless Network Card: Intel Dual Band Wireless-AC 9560 2×2 M.2 – WLAN & Bluetooth 5 Combo
  • Operating System: Windows 10 Home Single Language 64-Bit Edition

Apa pendapat korang tentang laptop Illegear Onyx ini? Adakah ianya padan dengan keinginan gaming-on-the-go korang tanpa risau performance pada laptop itu? Apa-apa pun gaming on gais!

See Also: Capcom memilih beberapa fans untuk menguji Resident Evil baru!, Unifi memberikan #khabarbaik dengan mengumumkan unifi Air, unifi Lite dan myunifi APP!, NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!, Apex Legends streamer banned sebab dapat tembakan nasib, Moderator terpedaya, Ninja kena hack di Instagram!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: