Illegear Rogue, Pilihan Content Creator dan Gamers On-The-Go!

racun-tech-illegear-rogue

Hey gais, kali ini Illegear ada model baru iaitu Illegear Rogue yang bagi aku adalah laptop yang mempunyai perfomance padu untuk korang yang selalu bergerak sana sini. Fokus laptop model Illegear Rogue adalah laptop yang nipis dan ringan tapi tak mengorbankan perfomance. Illegear Rogue juga mementingkan sistem penyejukan yang hebat selari dengan specs laptop Illegear Rogue iaitu processor Intel i7-9750H, GTX 1660TI 6GB, 512GB Nvme Pcie M.2 SSD dan 16GB DDR4 RAM! 

Bila korang baca semua spec yang ada di atas, mesti korang kagum kan? Laptop jer tapi pakai spec yang padu. Haa itu lah Illegear untuk korang, pentingkan quality untuk pengguna-penggunanya. Tapi specialnya laptop ni bukan di situ sahaja, jom kita masuk kepada bahagian apa yang specialnya laptop Illegear Rogue ni. Tapi sebelum tu, apa kata korang tengok video review yang telah disediakan oleh Taufiq Racun Tech di bawah ini.

Illegear Rogue Laptop Review

So itulah review yang diberikan oleh Taufiq Racun Tech. Antara benda yang special pasal laptop ni adalah ianya mempunyai monitor INFINIVISION Bezel-less Display 144Hz refresh rate yang memang telah design untuk membuatkan korang mempunyai experience gaming yang maximum. Maksud bezel-less ni adalah dia mengurangkan border di tepi sebuah monitor. Tak lupa jugak yang korang tak perlu risau pasal kepanasan laptop ni dengan thermal cooling design yang terdiri daripada 5 heat pipe, quad vent dan dual fan yang gerenti akan mengekalkan suhu laptop korang walaupun korang multi-tasking atau gaming.

Laptop ni didatangi dengan 2x M.2 PCIe slots dan 1x 2.5″ storage  drive slot dan mampu ditambah sehingga ke 6TB storage. Besar tu gais! Simpan lah banyak mana game yang mampu. Rogue jugak di boost dengan Seagate Firecuda SSHD dengan 1TB atau 2TB mengikut pilihan korang. Bukan je besar ruang dalam SSHD tetapi jugak laju performance dan data reading korang.

GPU pada laptop Illegear Rogue ni jugak mempunyai feature Optimus. GPU GTX 1660 Ti 6GB ni mempunyai feature Optimus yang di mana sangat-sangat membantu korang menjimatkan battery korang. Jika korang tidak main game, maka feature Optimus ni akan switch kepada integrated graphic. 

racun-tech-illegear-rogue

Pendapat Dan Harga

So yes, pada pendapat aku, laptop ni memang sesuai bagi korang yang merupakan seorang content creator. Untuk gaming pon sesuai tapi bak kata Taufiq, untuk gaming sikit-sikit (tetapi gaming untuk laptop ni memang performance padu). Yang sangat bagusnya adalah jika korang seorang content creator dan selalu berjalan-jalan dan ingin edit video on-the-go, maka laptop ni sedia membantu korang dalam perjalanan korang. Dengan hanya menggunakan laptop ni je, korang dapat membuat 4K video editing tetapi terpaksa menggunakan bitrate yang rendah lah.

So overall, memang bagus laptop ni, memang sesuai untuk orang yang jenis on-the-go. Dengan laptop Illegear Rogue ni jer, korang boleh fokus kepada dua benda iaitu video editing dan gaming. So korang rasa macam mana dengan performance laptop ni? Adakah menepati cita rasa korang? Leave a comment tentang pendapat korang okay?

Illegear Rogue ni starting price dia adalah RM5299 dan kalau korang nak customize spec dia atau nak order, boleh order terus di website Illegear ni okay? Jangan lupa jugak check artikel pasal produk Illegear Rogue dan Prodigy dan juga Selenite dan Onyx ye gais hehe



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: