Intel nafikan laporan pengakhiran pemprosesan Cip 10nm

Intel telah berusaha untuk menghasilkan pemprosesan 10nm Cannon Lake generasi akan datang. Digelar Cannon Lake kerana cip 10nm yang sepatutnya diperkenalkan pada tahun 2016. Tapi pada masa itu mempunyai masalah dengan pembuatan cip ini, Intel menunda sehinga kini baru mereka memberitahu bahawa mereka akan perkenalkan pada tahun 2019.

Laporan yang diterima dari artikel SemiAccurate, mereka melaporkan bahawa Intel telah memberhentikan kerja pemprosesan 10nm-nya. Artikel tersebut juga mendakwa yang 10nm Intel tidak berdaya maju. Intel menafikan bahawa sema laporan dan tuntutan tersebut tidak benar. “Laporan media yang diterbitka hari ini, Intel mengakhiri kerja pemprosesan 10nm tidak benar!,” kata jurucakap Intel. Mereka juga memberitahu segala pemprosesan mereka sangat baik pada 10nm dan hasil perolehan sangat konsisten dengan tetapan masa yang dikongsikan.



Intel juga memberitahu bahawa untuk dapatkan 10nm ini belum ada cabarannya, tapi die shrink adalah merumitkan setakat ini. Intel Mark Bohr juga mengatakan bahawa sesetengah syarikat sedang memajukan produk mereka walaupun usaha itu nampak sedikit dan tiada peningkatan. Seterusnya, setiap cabaran antara satu sama lain adalah dalam peningkatan kompleksitas proses semiknduktor dan dalam pelbagai reka bentuk yang dapat menarik pelanggan untuk memilih.

Walau bagaimana pu, 10nm ini tidak dijangkakan akan hadir dengan secepat mungkin kerana ia bukan mudah. Jadi, jangan terlalu berharap ia akan keluar dalam masa terdekat. Cip 10nm dari Intel sahaja adalah CPU mudah alih tanpa integrated graphic dan ianya agak terhad.

Tidak mustahil juga jika Intel mahu menunda masa lagi untuk siapkan 10nm ini, tapi yang pasti sis tahu, Cannon Lake ini dijangka akan tiba pada hujung tahun depan.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 


Leave a Comment

Scroll to Top