racun-tech-iron-man-saitama-monster-hunter-world

Mod Baru Monster Hunter: World Memasukkan Mod Iron Man dan One Punch Man

Nampaknya Iron Man, lepas separuh makhluk daripada universe telah dipetik dalam Avengers: Infinity War dan Saitama dari One Punch Man tersesat, dah masuk dalam dunia Monster Hunter: World. Kali ni mod adalah special sikit berbanding dengan mod Thomas The Tank Engine menggantikan monster Nergigante. So macam  yang korang baca, mod ni akan feature Iron Man daripada Marvel dan Saitama daripada One Punch Man.

Dalam mod Iron Man, korang akan memakai suit Iron Man mark 50 seperti dalam Avengers Infinity War. Mod ni ada untuk kegunaan lelaki dan perempuan dalam MHW. Skin ni jugak akan menggantikan skin sword dan shield Grand Barong kepada Mjolnir (Thor) dan Captain America Shield. Selain tu jugak korang akan dapat weapon Kulve Taroth yang ditukar skin kepada sepasang Infinity Gauntlet. Kenapa korang perlu lawan Thanos sedangkan korang boleh jadi Iron Man/Thor/Captain America/Thanos sekali gus kan?

One Punch Man Memang OP??

Untuk Saitama atau One Punch Man pulak lagi special. Seperti character tu sendiri dalam anime One Punch Man, korang akan jadi sebijik macam Saitama. Tapi jangan ingat skin je berubah. Korang jugak akan berlawan dengan menggunakan tangan sahaja. Part paling best adalah, korang boleh kalahkan mana-mana raksasa dengan sekali hayun je tumbukan korang tu. Sebijik macam Saitama kan?

Untuk korang jadi macam Saitama ni katanya kena push up 100 kali, sit up 100 kali, lari 100 km sehari dan makan pisang untuk sarapan? Tapi korang kena tanggung risiko keguguran rambut lah. Tapi syok jugak tengok korang boleh kalahkan raksasa yang susah-susah tanpa mengeluarkan fokus korang, tanpa berpeluh dan mengeluarkan kata kesat-kesat sebab selalu mati. Hanya perlu satu tumbukan sahaja hehe (well tak pun, kena beberapa tumbukan jugak baru kalah tapi tak sebanyak pakai weapon biasa hihi). Kalau korang tak caya, bawah ni ada video:

So gais, adakah korang berminat dengan mod “I’ m Iron Man” dan “One Punch Man” ni? Kalau nak korang boleh dapatkan di website Nexusmods untuk mendapatkan mod-mod yang awesome ni okay? Keep it classy, keep it cool and arrivederci

Sumber: PCGamer

See Also: Geralt Dari Witcher Masuk Monster Hunter World??, Shrek Pulak Masuk Sekiro?, Thomas The Tank Engine Masuk Sekiro?, Monster Hunter Update Terbaru: Iceborne Expansion

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: