Jedi: Fallen Order Sudah Keluar Trailer!

Alright gais! So, seperti yang E-jam pernah cerita, Respawn ada buat game Star Wars baru iaitu Jedi: Fallen Order. Sebelum ini jugak E-jam ada cakap kan yang EA Star Wars akan buat reveal secara livestream? Yes, diorang dah reveal poster dan teaser, tapi kali ni keluar trailer dan reveal story kepada game latest diorang (Respawn) iaitu Star Wars Jedi: Fallen Order.

Trailer dan Story Breakdown

racun-tech-star-wars-jedi-fallen-order-cal-kestis

Seperti trailer di atas, game ni berkisahkan tentang seorang Padawan yang sedang bersembunyi daripada Empire sebab diorang masih mencari Jedi untuk dihapuskan. Padawan Cal Kestis (Joker Gotham) ni sedang melarikan diri akibat peristiwa yang terjadi dalam Star Wars: Revenge of the Sith. Dalam movie tu ada satu scene yang di mana Emperor mengeluarkan Order 66 iaitu semua clone mesti bunuh semua Jedi.

racun-tech-star-wars-jedi-fallen-order-cal-kestis-empire

Dalam trailer tu, korang boleh nampak yang Cal Kestis memang struggle just untuk bersembunyi dan banyak scene yang di mana dia terpaksa memilih samada nak guna The Force (kuasa untuk semua Jedi dan Sith dan jugak dikira sebagai life force yang ada di setiap benda di dunia) atau tidak. Tapi susah jugak hidup dia sebab dia dikejar oleh Inquisitor dan Purge Troopers diketuai oleh Second Sister (gambar trailer tu).

Synopsis

Game ni dimulakan dengan Cal Kestis, seorang bekas Padawan sebab kena lari daripada Order 66. Dia sekarang bekerja di tempat pengumpulan sampah di planet Bracca di mana dia memotong kapal Destroyers untuk ambil besi dan jadikan barang ganti. Ada satu insiden di mana dia terpaksa menggunakan The Force dan selamatkan kawan dia. Selepas Emperor dapat tau dia sebagai bekas Padawan, dia terus hantar Inquisitor dan Second Sister untuk kejar dia. Itu lah jalan cerita yang telah di reveal setakat ni.

racun-tech-star-wars-jedi-fallen-order-second-sister

So gais? Cun tak cun trailer Star Wars Jedi: Fallen Order ni? Oh gais, walaupun Respawn Entertainment ni under EA, game kali ni tiada multiplayer langsung okay? Semuanya adalah offline dan single player experience so tiada sebarang microtransactions. Comment daripada founder Respawn, Vince Zampella adalah game ni adalah melee-focused single player dan jugak Jedi fantasy. Game ni akan keluar untuk platform PS4, Xbox One dan Windows PC pada 15 November 2019 nanti so jangan lupa gais!

Keep it cool and May the Force be with you gais~


Sumber: Polygon

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: