Jenis-Jenis Keyboard Mechanical Cherry MX Switch Yang Perlu Dikenal Pasti

Kenal Pasti Jenis-Jenis Keyboard Switch Yang Sering Digunakan Dalam Mechanical Keyboard

Jika korang sangat berminat dengan keyboard yang berjenis mechanical, korang kena kenal pasti dahulu jenis-jenis switch apa yang keyboard itu menggunakan yang ada dalam dunia gaming ini. Walaupun semua jenis mechanical keyboard, tetapi ada perbezaan di antara switch keyboard ini yang boleh dikenal pasti supaya korang boleh menggunakan keyboard ini dengan sepenuhnya.

So, seandainya korang pernah cuba untuk selidik pasal keyboard mechanical ini, ada 4 jenis-jenis switch iaitu di mana korang mungkin pernah terbaca iaitu Cherry MX Blue, Cherry MX Brown, Cherry MX Black, Cherry MX Red.

Cherry MX Blue (Clicky Tactile)

racun-tech-jenis-jenis-cherry-mx-switch-keyboard

Cherry Max Blue memberikan rasa “tactile” dan kedengaran bunyi “click” apabila ditekan. Walaupun clicky tactile ini adalah yang paling bising, tetapi ianya mengeluarkan bunyi yang sangat memuaskan. Sangat disyorkan bagi mereka yang suka menaip dan mendengar bunyi yang memuaskan. Jenis tactile jugak akan activate atau kunci akan diaktifkan walaupun ditekan separuh. Kebanyakan pengguna suka memakai jenis ini sebab ingin mendengar bunyi “clicky” itu dan sedap digunakan untuk typing. Keyboard switch ini perlu menggunakan sebanyak 50g daya untuk ditekan sepenuhnya.

Cherry MX Brown (Soft Tactile)

Brown pula memberikan rasa seperti Cherry MX Blue tetapi lebih lembut dan kurang memberikan bunyi “click” tersebut”. Jika korang nak keyboard jenis tactile yang sedap ditekan tanpa berbunyi “click” sepanjang masa, maka Cherry MX Brown ini adalah sepadan dengan korang. Dalam kalangan gamer, mechanical keyboard yang menggunakan switch jenis Cherry MX Brown menjadi pilihan ramai sebab ianya sangat sesuai untuk gaming dan typing. Keyboard switch ini perlu menggunakan sebanyak 45g daya untuk ditekan sepenuhnya.

Cherry MX Black (Heavy Non-Tactile Linear Action)

Black pula adalah non-tactile linear action switch, yang bermaksud, korang takkan mengalami rasa atau bunyi “click”. Switch ini sangat sesuai untuk sesi gaming kerana ianya adalah lebih efisien bila “double tapping” kekunci keyboard ini. So jika korang sangat memfokuskan kepada pengalaman gaming yang fast paced, maka gaming keyboard ini sangat sesuai untuk memenuhkan kehendak korang. Keyboard switch ini perlu menggunakan sebanyak 60g daya untuk ditekan sepenuhnya.

Cherry MX Red (Soft Non-Tactile Linear Action)

Cherry MX Red mempunyai banyak persamaan dengan Cherry MX Black tetapi perbezaan dia terletak pada banyak mana daya yang diperlukan untuk menekan satu kekunci pada keyboard tersebut. Matlamat untuk kekunci dibuat seperti ini adalah untuk mengurangkan daya yang diperlukan untuk menekan satu kekunci, dan tak diganggu dengan tactile atau bunyi “click”. Cherry MX Red adalah paling susah untuk dijumpai tetapi masih ada keyboard yang menggunakannya. Switch jenis ini sesuai untuk gaming dan jugak typing. Keyboard switch ini perlu menggunakan sebanyak 45g daya untuk ditekan sepenuhnya.

Perbezaan Rasa Di Antara Mechanical Keyboard Switch

Untuk pengetahuan korang, switch jenis-jenis Cherry MX ini kebanyakannya digunakan untuk mechanical keyboard. Tetapi ada company yang telah membuat versi sendiri yang mimik daripada Cherry MX ini contohnya Kailh. Sades ada mengeluarkan mechanical keyboard yang menggunakan Kailh switch dan contohnya adalah keyboard Sickle keluaran Sades. Keyboard ini mempunyai Kailh Red switches.

Sades Sickle Mechanical Keyboard

racun-tech-sades-sickle
racun-tech-sades-sickle
racun-tech-sades-sickle

Sama macam fungsi Cherry MX, Kailh switch ini juga mempunyai fungsi sama. Untuk keyboard Sickle ini, ianya menggunakan Kailh Red Non-Tactile Linear Action so korang perlu menekan dengan lebih daya lagi untuk register kekunci yang korang tekan itu.

Overall, keyboard ini bagus dan boleh dibeli dengan harga RM299. Seperti yang dikatakan, keyboard yang menggunakan switch Red ini sesuai untuk untuk typing dan gaming. So jika korang adalah seorang gamer dan suka menaip banyak, maka keyboard ini juga sesuai untuk kegunaan korang.

So adakah korang dapat mengenal pasti jenis-jenis keyboard switch yang ada dalam mechanical keyboard untuk gaming ini? Pastikan korang beli gaming keyboard yang sesuai supaya korang dapat bermain dalam pengalaman gaming yang best sepenuhnya.

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: