Kabel Menyambung Rangkaian Pusat TM ke Sabah, Sarawak Putus Disebabkan Pembinaan



TM buat laporan satu lagi kabel yang terjejas daripada pembinaan. Kabel ini berada sekitar jalan di Cherating, Pahang menuju ke Alor Akar. Disebabkan itu, sambungan antara Barat dan Timut mungkin akan terjejas untuk jam.

Menurut pengumuman TM, kabel tersebut merupakan pendaratan utama trafik internet dari Sabah & Sarawak melalui kabel dasar laut untuk rangkaian TM Centre. Kabel tersebut putus sewaktu TNB melakukan kerja-kerja pembinaan. Namun, kerja baik pulih akan siap pada 4 Januari paling awal.

TM tak ada memberikan apa-apa details mengenai kesan kepada pelanggannya dan jenis perkhidmatan yang terjejas. TM patutnya kena bagi tahu kepada pelanggannya berkaitan dengan masalah ini supaya pelanngannya tidak mengamuk. Betul tak? Kalau tak, tengah buat kerja then tiba-tiba tak boleh berhubung dengan sebab network terjejas. hmm




Leave a Comment

Scroll to Top