Keanu Reeves Dalam Perbincangan Untuk Masuk MCU

Kejayaan Keanu Reeves Membuka Lebih Banyak Peluang Dalam Bidang Perfileman 

racun-tech-keanu-reeves

Dengan kejayaan Marvel sejak keluarnya movie seperti Avengers, Guardians of the Galaxy, Iron Man, Captain America dan paling terkini iaitu Avengers: Endgame, mesti akan membuka laluan untuk meluaskan lagi filem berdasarkan comic Marvel. So sudah semestinya pihak Marvel ingin mengambil pelakon-pelakon yang sesuai untuk membawa watak Marvel tersebut. 

So baru-baru ini dikatakan president Marvel iaitu Kevin Feige nak memasukkan Keanu Reeves pula dalam Marvel Cinematic Universe. Mesti lah diorang nak ambil pelakon yang tengah hangat di internet sekarang kan? Tapi bukan sekarang je diorang nak ambil pelakon Matrix dan John Wick ini. Dikatakan sejak dahulu lagi diorang nak import pelakon Keanu Reeves ke dalam dunia MCU cuma tidak tahu masa, movie dan watak yang sesuai untuk dipegang oleh Keanu tersebut.

Pelakon Lain Yang Sudah Lama Nak Dimasukkan Ke Dalam MCU? Keanu Reeves Dapat Watak Apa?

racun-tech-jake-gyllenhaal

Seperti Jake Gyllenhaal, yang memegang watak Mysterio dalam Spiderman: Far From Home, dia juga dah lama dikatakan ingin dibawa masuk ke dalam MCU. Cuma tidak tahu watak apa yang sesuai sehingga lah dia menjadi Mysterio dalam Spiderman Far From Home yang keluar pada 28 June nanti. Selain tu Kevin Feige dan pihak Marvel juga ingin memasukkan Donnie Yen (Ip Man, Rogue One: A Star Wars Story) dan Millie Bobby Brown (Stranger Things, Godzilla: King of Monsters)

Dikhabarkan Keanu Reeves akan masuk dalam MCU sebagai salah seorang watak dalam The Eternals bersama pelakon Angelina Jolie, Kumail Nanjiani dan Richard Madden nanti.

Kesan Daripada Pengambilan Keanu Reeves?

racun-tech-keanu-breathtaking

Tapi mendapat Keanu Reeves dalam MCU kemungkinan besar dapat membuatkan filem dalam MCU lebih berhasil memandangkan dia menjadi “internet boyfriend” disebabkan aksi lucu dia dalam E3 tahun ni iaitu “Your Breathtaking”. Selain tu jugak dia membintangi John Wick 3: Parabellum, Duke Caboom dalam Toy Story 4 dan paling dinantikan game Cyberpunk 2077 di mana dia jugak menyertai sebagai salah seorang watak yang tidak diketahui lagi.

Well pada pendapat sendiri, dia boleh je kot jadi diri sendiri dan lawan musuh dalam MCU sebab dia kan OP? Cuma harap jangan lah musuh curi kereta dia lagi so semuanya okay. Tapi walaupun dia dapat masuk MCU, harap-harap penulisan skrip dan jalan cerita adalah yang terbaik supaya takkan merosakkan lakonan dia dan orang lain pada masa akan datang.

Sumber: IGN

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: