Kenapa Harus Menggalakkan Anak Gadis untuk Main Permainan Video?

Ramai orang ingat yang kanak-kanak tidak boleh bermain video game kerana mereka nanti tidak boleh fokus kepada pelajaran dan juga obses dengan dunia game. Tapi jika pengurusan masa itu betul, tidak menjadi satu alasan untuk anak-anak jejak dalam dunia game kan? Dari dunia game juga anak-anak boleh mengenali lebih dunia teknologi terkini.

Untuk ibu bapa yang mempunyai anak gadis dan sentiasa fokuskan kerjaya dalam STEM, bagi anak-anak ini, mereka terlalu muda untuk memupuk minat. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa salah satu cara paling muda untuk memupuk minat mereka adalah membiarkan mereka bermain video game. Video game juga adalah salah satu teknologi yang mempunyai banyak feature teknologi baru pada zaman kini.

Satu kajian baru yang diterbikan dalam jurnal Computer in Human Behaviours, menurut University of Surrey, mereka mencadangkan bahawa kanak-kanak perempuan yang aktif bermain video game, boleh membawa mereka ke arah kerjaya dalam STEM. Diketuai oleh Surrey Dr Anesa Hosein, beliau mendapati kajian bahawa anak gadis berusia antara 13 dan 14 tahun yang memang aktif bermain video game adalah tiga kali lebih cenderung mengejar sebagai PSTEM berbanding dengan gadis yang tidak bermain video game.

Sebenarnya, maklumat ini boleh digunakan dalam pelbagai cara dalam pendidikan; Dr Hosein berpendapat, guru dan ibu bapa pasti dapat melihat setiap perkara apa yang anak perempuan minat. Sekiranya mereka minat video game, ia boleh mendorong mereka untuk meneroka dunia STEM dengan menghantar mereka ke pakar game untuk mengenali lebih kerjaya STEM secara amnya. Tapi Dr Hosein juga mengatakan, perlu berhati-hati dengan stereotaip dan pastikan pakar tersebut boleh membantu anak-anak gadis ke arah STEM dengan bermain video game.



Selain memupuk perintis sains dan teknologi yang berpotensi, video game juga telah dikreditkan sejak kebelakangan ini sebagai satu pendidikan yang berguna untuk keperluan literasi asas. Dapat juga beberapa perkongsian cerita mengenai kanak-kanak dengan dyslexia dan cabaran pembelajaran lain yang dapat menonjolkan kemahiran dengan berbmain Skyrim dan Minecraft.

Pada pandangan sis, kanak-kanak perempuan yang masih sekolah dan hanya duduk di persekitan sekolah dengan pendidikan dalam kelas sahaja tidak akan mampu mendorong mereka ke dunia teknologi, tetapi bawa mereka mengenali dunia lain dengan teknologi lagi canggih seperti menggalakkan mereka bermain video game dapat membantu diri mereka membangun untuk bersedia menghadapi dunia teknologi lagi canggih di masa akan datang.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Leave a Comment

Scroll to Top