Semestinya tiada kaitan dengan meme Area 51

racun-tech-khabar-angin-red-dead-redemption-2

Menurut khabar angin yang ditular dalam social media, Rockstar Games akan mengeluarkan Red Dead Redemption 2 single-player story DLC pada tahun depan. DLC ini jugak menurut khabar angin itu, akan memfokuskan kepada jalan cerita mengenai alien (adakah ini disebabkan meme Area 51?). 

Menurut sumber khabar angin itu iaitu daripada laman web Reddit, u/throwaway11113454 itu berkata yang dia berkawan dengan salah seorang staf Rockstar yang bekerja sebagai environment artist dalam projek DLC tersebut. Kawannya yang mengeluarkan khabar angin ini berkata projek ini sudah lama dalam pembikinan dan akan dikeluarkan pada tahun 2020.

Adakah khabar angin ini boleh dipercayai?

racun-tech-khabar-angin-red-dead

Setakat ini kita tak mampu kata apa-apa selain menggelarkan info ini sebagai khabar angin. Rockstar Games pernah buat DLC untuk Red Dead Redemption, tetapi tidak pernah lagi Rockstar Games mengumumkan DLC untuk RDR2 ini.

Apa-apa pun, DLC yang dikatakan dalam khabar angin ini adalah sebuah DLC yang memfokuskan kepada makhluk asing dan akan ada banyak easter egg, dan mission. Tapi ingat gais, kita tak boleh berharap sangat kepada kebenaran DLC ini.  

Khabar angin Red Dead Redemption Remaster pulak??

racun-tech-khabar-angin-red-dead-redemption

Selain itu, kita jugak mungkin dapat tengok ketibaan Red Dead Redemption Remaster nanti. Khabar angin berterbangan mengatakan yang Red Dead Redemption Remaster ini sedang berada di dalam proses development dan mungkin keluaar pada lewat 2020 atau awal 2021.

Game Red Dead Redemption Remaster ini menurut sumber comicbook/wwg, adalah untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Scarlett dan PC. Sementara itu, kita tunggu sahaja yang paling penting ketibaan RDR2 ini ke PC (lagi cepat lagi bagus hehe)

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: