Khabar Angin Yang DOTA 2 Akan Ada Battle Royale Mode

Memandangkan DOTA 2 International Battle Pass 2018 dah keluar, Valve nak bawak masuk Battle Royale mode ke dalam DOTA 2. Serious ah?! The Underhollow merupakan mode baru yang akan ada untuk mereka yang sudah membeli DOTA 2 International Battle Pass 2018. Memandangkan game mode tu terikat dengan battle pass, so, korang boleh main The Underhollow selagi battle pass korang tu aktif. Maca Slitbreaker ah.

So, dikatakan, mode ni di described sebagai ” multi-team dungeon clash”, The Underhollow punya description bunyi macam familiar kepada korang yang dah biasa dengan Fortnite dan juga PUBG: 1 skuad yang diikuti dengan 3 orang akan diletakkan kedalam Labyrinth yang dipenuhi dengan monster, bertanding antara pemain lain untuk experience dan juga gold. Nanti, game akan memaksa korang untuk ketengah untuk ecounter terakhir.

Nampaknya, The Underhollow merupakan tarikan utama untuk pengguna Battle Pass tahun ni. Dan Mod ini jugak dibuka pada level 150. Menarik, haritu abam dengar Battlerite pon akan ada Battle Royale Mode, sekarang ni, DOTA 2 pulak. Ini mungkin taktik Gaben supaya pemain DOTA 2 untuk beli DOTA 2 International Battle Pass 2018, memandangkan sekarang masih lagi demam Battle Royale, dan makin banyak game developer yang sedang membangunkan game Battle Royale. Kalau korang, korang beli tak Battle Pass ni?



Komen Terkini

%d bloggers like this: