Kingdom Hearts: Bilik Hotel Kingdom Hearts Di Tokyo



Fuyoo, Disney Resort di Jepun sekarang dah ada tema untuk hotelnya iaitu tema Kingdom Hearts! Bro tengok pun rasa teruja sebab game ni merupakan game dari childhood bro kot. Memang padu beb game ni bro gerenti habis-habis hahaha XD.

Kingdom Hearts adalah game bergenre Action-Adventure RPG yang dibuat oleh company Square Enix. Game ni mendapat sambutan hangat yang kaw-kaw dari seluruh dunia kerana jalan cerita, gameplay dan character-characternya yang menarik. Game latest dalam series ni iaitu Kingdom Hearts 3 telah set untuk release pada Januari 25 ni.

So, sekarang ni dekat Disney Resort Tokyo dah buat bilik yang bertemakan Kingdom Hearts yang popular ni. Apa yang menarik pasal bilik ni adalah, dalam bilik tu ada wallpaper, cadar katil, dan banyak lagi lah yang ada gambar game tu.

Paling unik pasal bilik ni adalah pintunya yang boleh dibuka dengan kunci khasnya iaitu Keyblade. Kepada sesiapa yang tak tau, Keyblade ni sebenarnya senjata utama dalam game ni. So, siapa-siapa yang rasa nak merasai duduk dalam bilik penuh dengan barang bertemakan game popular ni boleh lah datang Disney Resort Tokyo okay?

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: