#RacunTips – Komponen komputer yang perlu anda tahu!

Komponen komputer apa yang kita perlu ada untuk PC kita hidup, ek?

Korang mesti nak tau pasal komponen komputer kan? Korang mesti selama ni ada komputer, tak tau pun apa dalam komponen apa dalam komputer tu. And nak tau dengan lebih lanjut apa yang ada dalam computer korang tu kan? Takkan taknak tau kot. Takkan spend ribu-ribu tapi taknak tau, kan?

Takpe, harini RacunTech nak share sikit pasal komponen dalam computer. Kami akan menggunakan term yang terbaik dan semudah mungkin untuk korang semua faham, senang je, tak susah pun.

RacunTech akan menggunakan anggota badan sebagai analogi supaya penerangan kami tentang komponen komputer ini mudah difahami.

 

CPU (Central Processing Unit) atau Processor

 

Ramai yang ingat CPU tu adalah set computer yang kita boleh terus sambung kepada monitor, keyboard dan mouse dan terus kita boleh pakai “CPU” tu. Pandangan itu adalah kurang tepat.

CPU sebenarnye adalah “Central Processing Unit” ataupun processor, yang di mana, CPU adalah komponen pusat kepada segala pemprosessan dalam komputer anda. Sepertimana wujudnya otak dalam badan manusia yang tugasnya adalah memproses data-data. Oleh kerana itu CPU adalah komponen komputer terpenting antara komponen-komponen lain.

Kebolehan pemprosesan CPU ini adalah dinilai dengan bilangan teras (cores and threads), kelajuan (clock speed), dan untuk gaming IPC ataupun instructions per cycle haruslah dititikberatkan.

Pelbagai variasi CPU, kami akan share-kan dalam artikel lain in shaa Allah!

 

 

RAM (Random Access Memory)

 

Komponen komputer seterusnya ialah RAM. RAM adalah sebahagian daripada “otak” komputer. Fungsi RAM adalah seperti limbic system dalam otak manusia yang menyimpan short-term memory.

Kita bayangkan RAM adalah seperti meja. Bagaimana RAM adalah seperti meja? Bayangkan barang-barang yang kita letak atas meja adalah mudah di akses, berbanding barang-barang yang tersimpan di dalam almari, laci dah sebagainya. Begitu juga sifat RAM, yang menyimpan data-data atau informasi secara sementara, tetapi mudah dicapai, dan menyebabkan, data-data yang kita nak akses itu lebih cepat berbanding kalau kita nak akses kat hard drive (ataupun almari dan laci tadi).

Prestasi komponen RAM diukur dengan kelajuan RAM itu sendiri yang diukur dalam Mhz (megahertz) dan latensi RAM tersebut.

 

 

Hard Disk Drive (HDD) & Solid State Drive (SSD)

 

Kalau RAM menyimpan data secara sementara atau temporary dan m

emudahkan akses terhadap data.

Komponen komputer seterusnya, HDD & SSD memainkan peranan untuk menyimpan data secara kekal. So kita boleh analogy-kan SSD & HDD ni sebagai bahagian otak manusia yang menyimpan long-term memory. As simple as that.

HDD adalah singakatan dari Hard Disk Drive manakala SSD pula adalah Solid State Drive.

Kekuatan HDD & SSD adalah dibezakan melalui kelajuan dan kebolehan menyimpan data. Kelajuan diukur dlm RPM (round per minute), dan jumlah data yang ia boleh simpan (dlm gigabyte, terabyte).

 



 

 

Motherboard

 

Motherboard merupakan tunjang kepada semua komponen komputer, dimana ia menghubungkan komponen-komponen lain dalam computer. Kita juga boleh ibaratkan motherboard ni seperting tulang belakang yang men-support dan memegang part-part computer yang lain.

Motherboard kebiasaanya mempunyai ciri-ciri berbeza dan kompenen berbeza-beza. Sesetengah motherboard dapat menyokong bilangan RAM yang lebih, bilangan Graphic Card yang lebih. Sesetengah motherboard mempunyai wifi receiver. Ada yang datang dengan built-in sound card kepada penggemar audio, dan ada juga motherboard yang membolehkan overlocking kepada super-user dan pelbagai lagi.

 

 

Power Supply Unit (PSU)

Power Supply pula berfungsi seperti “hati” kepada semua komponen komputer. Hati manusia berfungsi menukarkan gula kepada tenaga sepertimana Power Supply, PSU menukarkan tenaga elektrik daripada power plug kepada tenaga untuk menghidupkan segala part-part dalam computer.

Kekuatan PSU adalah di ukur dengan berapa wattage sesuatu PSU itu boleh jana, 400W sehinggalah 500W. Manakala efficiency sesuatu PSU adalah diukur dengan sertifikasi setiap PSU itu ada (white, bronze, gold to titanium). Ketahanan PSU itu pula adalah apabila ia mempunya jenis kapasitor yang berkualiti tinggi.

 

 

Chassis atau Casing

 

Tanpa chassis atau casing, sesuatu komputer itu masih boleh hidup dan berjalan seperti biasa. Akan tetapi, casing atau chassis adalah penting untuk melindungi bahagian dalaman ataupun komponen-komponen komputer. Casing juga bertujuan supaya komputer yg kita miliki Nampak gah dan bangsawan. Samalah seperti kulit manusia, takkan kita nak biarkan organ dalaman terdedah kepada ancaman luar, kan?

Pemilihan casing adalah penting bukan saja untuk menjaga “organ” dalaman. Dalam pada itu, kita juga perlu mencari casing yang mempunyai airflow yang baik untuk menjaga suhu komputer kita. Kebanyakan casing datang dengan chassis fan, dan digunakan sebagai ejen penyedut udara sejuk daripada luar, dan me-nyah udara panas ke luar komputer.

Casing mempunyai variasi dari segi size dan anda perlu memastikan size casing yang anda beli adalah muat dengan size motherboard anda. Size casing bermula daripada paling kecil ITX, MATX, ATX dan sehinggalah yang paling besar iaitu EATX.

 

 

Graphic Processing Unit (GPU) or Graphic Card

Seperti Casing, GPU bukanlah antara komponen komputer yang wajib untuk mengoperasi/menggunakan computer. Tanpa GPU, anda masih boleh mengakses computer anda, tetapi hanya untuk kerja-kerja yang tidak memerlukan pemprosessan graphic, kerja2 ringan seperti Microsoft Words, Excel, dan mungkin aplikasi-aplikasi lain yang tidak memerlukan Graphic.

Tapi bagi gamers, dan content makers, Graphic Card adalah diperlukan untuk kerja-kerja graphic rendering daripada applikasi edit gambar dan video, serta nak render game yang kita main. Tanpa GPU, semua kerja-kerja ini adalah tidak possible.

Ramai yang sangka, kekuatan GPU itu te

rletak pada VRAM atau yang biasa kita tengok GB-GB tu. Tanggapan itu adalah salah sama sekali, GB yang besar ataupun VRAM yang besar bukanlah penentu performance GPU tersebut. Kebiasaanya model GPU yang berbeza mempunyai kekuatan mereka tersendiri, tiada specific formula, dan kami juga tahu kekuatan sesuatu GPU melalui pengetahuan dan pengalaman kami sendiri.

Tapi tidak begitu susah untuk menentu kekuatan sesuatu GPU, kerana saya percaya informasi sebegini mudah di cari dan berada di hujung jari (nak cakap guna je la Google tu, tapi dan dengan bahasa yang kurang kasar :P). Kalau nak belajar macam mana nak guna google dengan betul, klik saya.

So begitulah sedikit sebanyak tentang komponen komputer yang RacunTech tahu, analogy-analogy tentang anggota badan yg abam tulis ni abam agak2 je, korang mungkin ada idea yang lebih menarik lagi, so kongsikan idea anda kepada kita!

Abam pun bukan la perfect sangat, so kalau ada apa yang kami salah, tolonglah tunjukkan.
Malangnya PC ni tak ada organ pembiakan, kalau ada, dah lama PC ni membiak, abam pun kaya 😛



  • author image
    May 7, 2018 @ 4:21 am

    […] korang nak kira harga-harga komponen komputer yang korang nak beli. Korang tak perlu pening-pening. Korang type je  520+259 macam kat gamba […]

Komen Terkini

%d bloggers like this: