ALRIGHT! Hahaha sorry E-jam excited sangat tapi siapa tak kot sebab studio yang buat Left 4 Dead 1&2, Turtle Rock Studios, berkata diorang tengah buat game baru. Game baru ni katanya bukan Left 4 Dead 3 tapi melalui namanya iaitu Back 4 Blood yang macam pernah dengar kan?

Co-founder studio tu, Phil Robb berkata yang Turtle Rock Studios takkan berehat atau berhenti macam tu sahaja. “Cabaran yang kitaorang akan hadapi ni adalah cabaran terbesar team ni dan kami akan buat game bertitle Back 4 Blood tu sampai menjadi.” Katanya Back 4 Blood ni lain daripada Left 4 Dead walaupun akan banyak persamaan tapi katanya ni adalah original Intellectual Property (IP) diorang dengan tambahan baru seperti PvP, campaign dan berita yang disukai ramai, iaitu game ni takkan ada LANGSUNG battle royale dalam ni.

Buat masa ni tak didedahkan lagi gamenya macam mana ke apa tapi yang pasti game ni akan ada unsur macam Left 4 Dead, co-op, zombie (maybe?) dan shooters lah. Game ni jugak katanya in development untuk platform-platform terkini macam PC, PS4 dan Xbox One. Hehe E-jam tak sabar nak main lagi game macam ni sebab E-jam membesar jugak dengan game Left 4 Dead, dapat banyak kawan melalui game tu so why not? Ciao~

P/s: Nak buat servis komputer atau beli komputer tapi tak tahu dekat mana? Call je terus team Racuntech untuk bantu anda.




Laman Social Kami

Komen Terkini

  • author image
    joker 123 says:
    I do consider all of the ideas you have introduced on your post. They are very convincing and can d...
  • author image
    cat hat says:
    Hey there! Would you mind if I share your blog with my facebook group? There's a lot of people that...
  • author image
    Ara says:
    Hi there! Such a great short article, thanks!...
  • author image
    Kendrick says:
    Can you inform me what system are you utilizing on this internet site?...
  • author image
    chris handrian says:
    ini keluar alpikasi nya kapan apakah masih 2 tahun lagi...
%d bloggers like this: