📢 Hari Raya Announcement: Please note that the final day for shipping online purchases will be Monday, April 8th. Shipments will resume after April 15th.

Main PS4 Menggunakan iPad, Remote Play Sudah Tiba



Sebelum ini, pengguna perlu beli aplikasi premium untuk main PS4 di iPhone atau iPad. Dengan update firmware 6.50 untuk PS4, Remote Play telah diterapkan dalam sistemnya secara rasmi. Dengan harga $11.99, pengguna PS4 boleh membeli aplikasi seperti R-Play. Sekarang dengan aplikasi PS4 Remote Play rasmi, ia melakukan perkara yang sama kecuali free.

Controller akan berada atas touchscreen secara default. Dalam mode landscape, controls akan berada di atas gambaran game. Manakala dalam potrait mode, ia akan terbahagi kepada bahagian atas untuk display game dan bawah untuk controller.

Kepada yang nak cuba apps ni, try main game-game yang tidak fokuskan kepada perfect timing. Ini kerana ia menggunakan internet untuk stream game daripada PS4 ke iPhone anda. So nak kurangkan input lag tu akan susah sikit. Lagipun mode ni sesuai kalau main game RPG ke, di mana ia lebihkan kepada story dan turn-based attack. Ataupun game puzzle yang memang dah sinonim dengan ‘mobile gaming’. Tapi untuk iPhone dan iOS device je tau, Android belum lagi.



Leave a Comment

Scroll to Top