Malaysia akan menambahbaikan COPPER NETWORK menjelang 2023

Malaysia telah dikhabarkan dengan beberapa berita gembira mengenai jalur lebar internet baru-baru ini. Dapat dilihat harga yang lagi rendah dengan peningkatan kelajuan yang semakin pantas yang disediakan oleh syarikat-syarikat telco di Malaysia.

Menurut Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi dan Maklumat, mereka sedang mencari jalan untuk menambahbaikkan copper network di Malaysia menjelang 2023. Kerajaan juga berusaha untuk meningkatkan internet jalur lebar di kawasan penduduk terutamanya kawasan dalaman dan mereka sedang melihat sekitar 98% liputan jalur lebar di kawasan penduduk dengan kelajuan sekurang-kurangnya 30Mbps.

Selain itu, mereka telah membincangkan beberapa perkara mengenai peningkatan ini bersama syarikat-syarikat luar untuk dapatkan tawaran perkhidmatan jalur lebar mereka yang membantu meningkatkan lagi hubungan negara dan menggalakkan persaingan yang baik di pasaran. Beliau juga berkata bahawa ia akan dilakukan melalui penggunaan spektrum 700 MHz.



Pada masa yang sama, mereka tidak menyebut syarikat luar apa yang terlibat tapi syarikat ini terletak di Japan, United Kingdom, South Korea dan France. Kesemua syarikat di negara tersebut adalah syarikat yang mempunyai advance teknologi dalam bidang ini.

Matlamat utama peningkatan menjelang 2023 ini adalah membanteras monopoli segmen jalur lebar, menggalakkan persaingan yang dengan caj yang rendah, dan menjadikannya lebih mudah untuk pengguna di Malaysia.



So, tunggu je lah tahun 2023. Tapi untuk pengurangan harga internet jalur lebar tu bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 




Leave a Comment

Scroll to Top