Man Of Medan, Game Cinematic Horror Boleh Dimainkan Secara Multiplayer 2 Atau 5 Orang!

Developer Game Until Dawn, Supermassive Kini Kembali Dengan Game Terbaru Man Of Medan

Bandai Namco, sebagai penerbit kepada game ini telah mengumumkan bahawa game terbaru The Dark Pictures Anthology – Man of Medan, akan mempunyai 2 mode multiplayer yang di mana player boleh bermain secara offline dan online. Game cinematic horror game ini boleh dimain secara dua orang Co-Op online atau main secara 5 orang offline.

Setiap seorang akan memegang watak masing-masing untuk membuat keputusan yang akan memberi kesan kepada diri dan orang lain. 

Seperti dalam trailer yang telah ditunjukkan, setiap pilihan yang dibuat akan menyebabkan jalan cerita yang berbeza di setiap pelusuk dalam game ini. Samada korang bekerjasama atau tidak itu adalah terpulang kepada korang.

Gameplay Multiplayer Mode

racun-tech-man-of-medan-multiplayer

Dalam mode ini ada dua, satu Shared Story Mode dan Movie Night Mode:

Shared Story Mode

  • Kongsi cerita serentak bersama kawan dalam two-player online Co-Op
  • Kedua-dua player akan mengembara dalam dunia game itu dan membuat pilihan yang akan menjejaskan hasil jalan cerita dan nasib kepada character mereka
  • Sepanjang gameplay, kedua-dua player akan bermain bersama dalam satu scene, atau akan terpisah sementara, sekali gus mendedahkan jalan cerita, informasi baru, lokasi dan ada jump scare

Movie Night Mode

  • Bermain bersama-sama kawan dalam satu kumpulan seramai 5 orang dan bermain secara offline. Gameplay untuk mode ini hanya menggunakan satu controller sahaja dan kawan-kawan akan seorang memegang satu watak (ataupun boleh bermain secara seorang-seorang
  • Player boleh pilih samada untuk menyelamatkan diri, atau cuba untuk menolong kawan korang daripada ditimpa musibah
  • Di akhir setiap perjalanan jalan cerita, pilihan, tindakan, dan kesan akan dikira, bersama dengan achivement dan reward untuk player.

Until Dawn Punca Adanya 2 Mode Multiplayer Dalam Man Of Medan Ini

racun-tech-man-of-medan

Pete Samuels, director dan executive producer di Supermassive Games, telah mengkongsikan kepada kenapa multiplayer mode ini dibuat. “Kedua-dua mode ini berbeza dan kedua-duanya jugak telah diilhamkan oleh pengalaman mereka dengan game Until Dawn.”

Samuel jugak berkata “Bila Until Dawn dikeluarkan, kami sangat terkejut dan teruja dengan betapa ramainya orang livestream dan rekod gameplay game Until Dawn. Kami mempunyai seramai 1 billion penonton di Youtube sahaja. Ramai yang suka sebenarnya main game ini bersama kawan mereka sambil duduk di atas satu sofa dan bermain bersama-sama.”

“Maka dengan itu, kami telah putuskan untuk membuat multiplayer mode ni sebagai asas kepada game The Dark Pictures Anthology – Man Of Medan. Senang cerita, kami telah membuat Man of Medan ini daripada mula dengan multiplayer mode dalam kepala”

Jika korang pernah main Until Dawn, maka game ini adalah sama seperti game itu. Supermassive semestinya akan membuat game cinematic horror ini mempunyai banyak pilihan yang akan mencorakkan jalan cerita korang. Macam Until Dawn jugak, Man of Medan mesti mempunyai banyak ending dan dengan adanya Multiplayer ini, korang berharap lah yang korang dapat selamat dengan kerjasama orang lain itu.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: