Deep Silver dan Epic Games announce yang digital copies Metro Exodus akan dijual hanya di Epic Games Store. Notis telah dipaparkan pada Steam page game Metro Exodus. “Jualan Metro Exodus telah dihentikan mengikuti keputusan penerbitnya untuk dijual di tempat yang lain.”


Walaupun Steam sudah menjadi ketua penjualan game digital, namun store yang lain mampu bersaing dengannya. Epic Games telah mencipta Epic Games Store dengan potensi yang tinggi untuk menjadi rival sengit Steam. Antara sebab game dijual di Epic Games Store adalah kerana potongan yang lebih rendah diambil oleh Epic Games bagi setiap game. Epic Games mengambil hanya 12% berbanding potongan Steam yang dua kali lebih besar. Dengan ini, penerbit-penerbit game lain akan lebih tertarik dengan yuran jualan yang lebih rendah. “Terma pembahagian revenue Epic yang menarik mampu mengubah memberi penerbit-penerbit game untuk lebih melabur dalam sesuatu game.”

Pada pendapat aku, ia adalah win-win bagi Epic Games dan penerbit-penerbit game kerana mereka dapat mengambil lebih banyak keuntungan manakala Epic Games dapat lebih banyak pengguna Epic Games Store. Lagi banyak pengguna, lagi ramai beli game. Lagi banyak beli game, lagi banyak untung. Dan seterusnya. Walaupun ia win-win, yang kalah disini hanyalah Steam dan digital game distributor yang lain.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: