Microsoft membuat tawaran semula untuk Update Windows 10 Oktober 2018



Microsoft kini akan memantau balik secara teliti dengan keputusan untuk kembali update dalam setiap fasa. Sebelum ini, syarikat Microsoft telah menawarkan update Windows 10 Oktober 2018 pada bulan yang lalu.

Tetapi, pada bulan itu juga, ramai pengguna melaporkan yang mereka kehilangan segala fail-fail dan dokumen mereka selepas membuat update Windows 10 Oktober tersebut. Mereka kecewa dan tidak sangka akan menghadapi masalah seperti ini dan membuatkan pihak Microsoft memberhentikan update itu untuk menyiasat apa yang telah terjadi sebenarnya.

 

Kini, sis diberitahu yang Microsoft telah selesai menyiasat perkara ini dan menawarkan kembali update Windows 10 Oktober 2018 kepada pengguna sistem Windows 10 di seluruh dunia.

 

Di samping itu juga, Microsoft memberitahu yang mereka akan menekankan kualiti dan sekiranya pengguna menghadapi apa-apa masalah selepas buat update, perlu terus menghubungi pihak sokongan Microsoft untuk menangani masalah tersebut.

Perhatian untuk setiap pengguna, korang perlulah buat backup files dulu sebelum membuat apa-apa update kerana jangan sampai ‘menangis tak berlagu’. Kadang-kadang tu, sebenarnya salah diri sendiri juga sebab cuai. Betul tak?

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.




Leave a Comment

Scroll to Top