MOBA Dark Eclipse Untuk PlayStation VR Dilancarkan Pada September 25

Whoa! Game MOBA yang di mainkan secara VR, mesti best ni dan abam rasa macam susah. Dark Eclipse yang di bina oleh Sunsoft dikatakan akan dilancarkan untuk PlayStation VR pada September 25 nanti melalui PlayStation Store dan yang bestnya, ianya percuma! Menarik ni gais, apa pun, jom, abam nak terangkan sikit game ni pasal apa.

Ianya direka oleh mereka yang merupakan kipas-susah-mati MOBA (macam korang la, hari-hari hadap DOTA 2 kan). Macam aku cakap tadi, korang boleh dapatkan game ni percuma (Tapi, nak main kena lah bayar, sebab Online, jadi, korang kena subscribe untuk PSN). Tengok MOBA dimainkan secara VR, aku rasa macam susah, tetapi mereka mempunyai skema kawalan Easy-to-learn. Dikatakan jugak yang game Dark Eclipse ni merupakan MOBA yang fast pace. Satu game boleh dimainkan dalam 10 hingga ke 30 minit. 

Jadi, apa pandangan korang, korang rasa best ke? Bagi abam, nampak macam menarik dan abam harapkan, boleh lah game Dark Eclipse ni masuk ke PC. Apa, ingat dekat PC takleh main VR ke? Jom, kita layan sikit macam mana gameplay Dark Eclipse ni:



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: