Mobile Legends akan join eSports untuk Sea Games 2019?!



Seperti yang kita tahu, aktiviti e-Sports semakin membangun di seluruh negara terutamanya di Asia. Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2019 telah bersetuju untuk memasukkan e-Sports sebagai salah satu acara rasmi di Sukan SEA tahun depan di Filipina. Tidak ketinggalan juga, Razer telah menjadi partner dalam Sukan SEA 2019.

Pengerusi Sukan SEA, Alan Peter Cayetano telah mengumumkan yang “Mobile Legends: Bang Bang adalah salah satu permainan yang akan bertanding dalam e-Sports.

Ini adalah kali pertama e-Sports diadakan dalam Sukan SEA untuk dipertandingkan dibawah International Olympic Committee. Sebanyak 6 games yang akan terlibat dalam permainan SEA, terdiri daripada dua permainan konsol, dua permainan PC dan dua permainan mobile.

Enam pingat akan disediakan untuk pertandingan Mobile Legends. Permainan ini sangar popular di mobile di Filipinas dan Asia. Mana tak popularnya, permainan ni PERCUMA je untuk main. Dicipta oleh Moonton dan dikeluarkan untuk Android dan iOS sejak 2016.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





Leave a Comment

Scroll to Top