Monitor gempak, ROG Swift PG27UQX diumumkan dekat Computex 2019!

ROG Swift PG27UQX

Asus baru sahaja mengumumkan monitor ROG Swift PG27UQX yang pertama sekali dalam dunia ini dengan teknologi G-SYNC ultimate! Menggunakan teknologi Mini LED ia mampu menghasilkan paparan 4k HDR yang gempak dan mempunyai contrast ratio yang extreme.

Mini LED adalah lebih kecil lagi paparan dengan LED konvensional, kerana ia mampu dibina dengan lebih padat. Untuk pengetahuan korang semua, size Mini LED cuma 200-300 micrometer, so engineer ROG boleh memuatkan sebanyak 2304 Mini LED kedalam panel display 27 inci, 3840 x 2160 IPS yang mana memberikan perfomance yang lebih lagi dari model sebelum ni iaitu SWIFT PG27UQ. Swift PG27UQX telah membaiki backlight yang tidak sekata dan meningkatkan butiran pada kawalan kecerahan.

Kebolehan mengawal kemalapan dengan lebih tepat bermaksud, gamers boleh enjoy high detailed HDR dengan kontras ratio yang tinggi! Mini LED juga boleh mengurangkan halo effect yang menggangu, dimana ada light bleeding pada titik yang paling cerah dengan kadar sehingga 33%. Penggunaan kuasa pada panel itu juga dapat dikurangkan sehingga 7% berbanding model Swift PG27UQ. Panel tu pun kurang panas bila power consumption turun. Ni list spesifikasi untuk ROG SWIFT PG27UQX

  • Resolusi 4k UHD (3849 X 2160)
  • 144HZ refresh rate, menyokong overclock
  • Teknologi Quantum dot
  • DCI-P3 97% yang luas
  • Adobe RGB 99% warna gamut
  • 1,0000 nits kecerahan
  • Menyokong DisplayHDR 1000
  • Menyokong G-SYNC Ultimate
  • Aura RGB dengan sokong Aura Sync yang terbina
racun-tech-ROG-Swift-PG27UQX-monitor

Swift PG27UQX juga didatangkan dengan smart fan control, membolehkan gamers diluar sana mengubah kelajuan kipas secara lansung dari paparan monitor.

Tarikh pelancaran dan harga monitor ini masih belum diberitahu oleh Asus Malaysia buat masa ini.

Racuntech Setia Alam ada jual juga monitor ROG nanti, jom upgrade monitor gaming korang. Boleh contact Racuntech Setia Alam dekat sini


https://pmracun.wasap.my/


https://pmracun.wasap.my/



  • author image
    May 31, 2019 @ 16:59 pm

    […] Also: Asus Malaysia lancarkan ROG STRIX SCAR III!, Monitor gempak, ROG Swift PG27UQX diumumkan dekat Computex 2019!, ASUS Umumkan Dua Portable Monitor! #Computex2019, Death Stranding Bakal Ke PC Tak Lama Lagi!?, […]

[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: