Monster Hunter World Update terbaru: Iceborne Expansion



Pada dua hari lepas, Capcom telah mengumumkan expansion game Monster Hunter. Game ini dikenali sebagai Monster Hunter World: Iceborne dan kemungkinan akan mempunyai perkembangan yang besar yang disertakan dengan kandungan baru. Update baru Monster Hunter World: Iceborne memberi banyak kandungan baru seperti ada quest ranks, locales, monsters, movement dan equipment. Dengan dunia game yang dipenuhi ais.

Berdasarkan dengan kata-kata producer Ryozo Tsujimoto, untuk PC dari expansion Iceborne akan dilancarkan lambat sedikit daripada konsol sebab ia dahulukan dengan basic game. Sis mendapati lebih banyak butiran akan diterbitkan pada musim Autumn 2019.

Di samping itu juga, ada dua variance Arch-Tempered baru akan tiba dan masanya adalah terhad. Untuk event tersebut akan berlangsung dari 4PM PST 19 Disember (8AM 20 Disember untuk GMT +8) hingga 3:59 petang PST 3 Januari (7:59 pagi 4 Januari untuk GMT +8).

Korang boleh tengok trailer di bawah ini yang mendedahkan expansion Iceborne. Maklumat mengenai harga dan lain-lain kan pada Spring 2019. Monster Hunter World boleh didapati pada PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.







Leave a Comment

Scroll to Top