Mortal Kombat Movie (2021) Akan Mendapat R-Rated Movie Dan Ada… FATALITIES!

Mortal Kombat Movie Akan Ada Fatalities Akhirnya!

racun-tech-mortal-kombat-movie

Sejak sekian lamanya, kita bakal mendapat movie terbaru Mortal Kombat. Movie terakhir untuk Mortal Kombat adalah pada tahun 1997 iaitu Mortal Kombat Annihilation. Sejak itu tiada perkembangan tentang movie mengenai perlawanan ganas yang sangat hangat di arena gaming industri itu.

Tapi baru-baru ini kita telah didedahkan tentang pelan untuk membuat movie terbaru dan ada berita yang sangat mengembirakan untuk mereka yang merupakan peminat hardcore kepada franchise game ini. Screenwriter untuk movie terbaru ini, Greg Russo telah mengesahkan yang movie Mortal Kombat baru ini akan mendapat R rating dan mempunyai fatalities!

Fatalities Tidak Didedahkan Mana Satu Dan Macam Mana

“Sejak ianya telah disebut oleh beberapa ahli dalam pasukan, saya akan berterus terang. MK AKAN menjadi R-Rated dan untuk kali pertama dalam panggung wayang, mempunyai FATALITIES (dan tidak, saya tak akan beritahu yang mana satu) Anda perlu tengok sahaja di movie akan datang ini!!!” kata Greg Russo dalam post Twitter.

Untuk pengetahuan korang, Greg Russo adalah screenwriter bukan sahaja untuk MK tetapi untuk Resident Evil (yang tak diketahui judul movie seterusnya tetapi dikatakan reboot).

Untuk director movie ini, Simon McQuoid adalah filmmaker kali pertama yang akan menyandang jawatan director movie ini dan James Wan (SAW, Insidious, Conjuring, Aquaman) akan jadi sebagai producer! Movie ini dijangka akan keluar pada tahun 2021 nanti. Kita mungkin akan mendapat movie Mortal Kombat yang betul-betul ikut seperti gamenya yang sangat gore dan menjadi sambutan hangat dalam kalangan peminat genre Fighting. Ingat, yang pasti kita akan dapat FATALITIES~

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: