Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!

Kembalikan Zaman Nintendo DS Dengan Nintendo Switch Lite!

racun-tech-nintendo-switch-lite-yellow

Pada 10 July 2019, tanpa sebarang amaran atau berita daripada mana-mana pihak, Nintendo telah membuat pengumuman tentang keluaran terbaru mereka iaitu Nintendo Switch Lite! Produk terbaru mereka iaitu Nintendo Switch Lite ini adalah model yang lebih kecil dan nipis berbanding Switch original. Seperti namanya telah memberitahu, versi ini adalah lebih ringan dan kecil daripada original Switch dan begitu juga dengan harganya.

Harga untuk Nintendo Switch Lite ini adalah RM824 ($199) yang telah dikurangkan sebanyak $100 daripada RM1234+ ($299). Pengurangan ini bagus sebab walaupun mendapat Switch versi lebih kecil dan ukuran saiz skrin 5.5 inci 720p berbanding Switch original yang mempunyai ukuran saiz skrin 6.2 inci. 

Tetapi…

racun-tech-nintendo-switch-lite-switch

Malangnya Nintendo Switch Lite ini tidak mempunyai sistem docking di mana korang boleh memaparkan game atau display Switch tersebut di skrin TV walaupun menggunakan penggunaan USB-C dan HDMI. Ini bermaksud yang Switch Lite ini memang setulen-tulennya akan menjadi handheld platform (seperti kembali ke zaman Gameboy, PSP dan sebagainya) berbanding Switch yang merupakan platform hybrid. Tapi jangan risau, Switch Lite ini masih memegang nama Switch.

Selain itu, sedih untuk dikatakan bahawa Switch Lite ini tidak boleh dipisahkan Joy-Con controllernya. Tetapi Joy-Con controller lain boleh connect kepada Switch Lite tersebut dan 4 butang kecil yang terletak di Joy Con telah digantikan dengan D-pad.

racun-tech-nintendo-switch-lite

Switch Lite ini boleh didapati pada 20 September 2019 nanti dengan pilihan warna berlainan (buat masa sekarang mungkin?) iaitu kuning, kelabu dan turqouise. Tetapi ada beberapa limited edition Pokemon Themed Switch Lite menunggu bagi mereka yang terawal. Switch Lite ini jugak akan didatangi dengan game Pokemon Sword and Shield tetapi game ini tak akan didatangi secara bundle.

Melalui laporan daripada CNET, president Nintendo of America iaitu Doug Bowser berkata dia mampu melihat Switch Lite ini “sesuai untuk satu rumah yang ramai menggunakan Switch Lite ini, dengan Switch original sebagai flagship”.

racun-tech-nintendo-switch-lite

Sebelum ini kita telah didatangi dengan laporan mengenai akan adanya dua model Switch baharu, yang di mana satu daripadanya adalah Switch Lite yang telah didedahkan semalam. Maka apa agaknya Switch lagi satu yang bakal didedahkan nanti? Dikatakan model lagi satu itu adalah model yang dikhusukan untuk mereka yang hardcore gamer. Apa-apa pun game on gais!

Sumber: CNET, Gamespot, comicbook/wwg

See Also: GTA VI (6) Leak Didedahkan Maklumat Besar Tentang Game PS5 Dan Xbox Scarlett Ini, Cyberpunk 2077 File Size Untuk PS4 Didedahkan! Wow…, Bully 2 Dalam Development, Jimmy Hopkins Kini Masuk University/College, Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: