No Straight Roads, Game Yang Dibangunkan Oleh Anak Malaysia, Wan Hazmer!!!

Siapa Wan Hazmer ni? Ni abam nak cerita sikit, Wan Hazmer merupakan seorang anak jati Malaysia yang pernah bekerja dengan Square Enix untuk game yang cukup popular pada masa kini, iaitu Final Fantasy XV! Biar betik?! Memang betik weh, dan sekarang, beliau telah pulang ke tanah air dan menubuh satu studio yang diberi nama sebagai Metronomik. Untuk pertama kalinya, mereka mengeluarkan 1 game yang berunsurkan muzik, dan diberi nama No Straight Roads. Jom, kita tengok sikit:

Jadi, ini merupakan projek awal mereka, game yang dipanggil sebagai No Straight Roads, abam rasa sangat berbangga bila ada anak Malaysia kita mampu mengeluarkan game dan abam mengharapakan yang game ni, menjadi popular dan hit pada suatu hari nanti, InsyaAllah. Apa-apa pun, kita doakan supaya Metronomik untuk terus maju dan mampu mengeluarkan banyak lagi game yang berkualiti dan juga menarik!

Leave a Comment

Scroll to Top