NZXT mengumumkan ketibaan H Series dan H510 baru!

NZXT, sebagai salah satu developer barangan hardware untuk PC gaming, telah mengumumkan ketibaan H Series dan H510 Elite. Produk yang ditunggu-tunggu ini kini telah tiba dan boleh dibeli di Malaysia! 

Feature H510 Elite

Realisasikan RGB korang

H510 Elite ini mempunyai dua tempered glass di bahagian depan dan tepi casing, yang di mana sangat sempurna untuk showcasing RGB sistem yang ada dalam casing korang. Dua AER RGB fans dan satu RGB LED disertakan sekali dalam casing tersebut

  • Smart Device v2 dengan dua HUE 2 lighting RGB dan tiga saluran fan
  • USB 3.1 Type A dan USB 3.1 Gen 2 USB-C connectors yang compatible pada panel hadapan
  • Cable routing kit yang dipatenkan dengan pre-installed channel dan tali untuk pengurusan kabel intuitif dan mudah.
  • Radiator / kipas yang boleh tanggal memudahkan pemasangan sama ada AIO dan custom loop liquid coolers.
  • Satu intergrated GPU telah dipasang dan membolehkan anda memaparkan GPU secara menegak (memerlukan pembelian seperate PCI riser card)

Line up H Series yang serba baharu!

Mesti ada yang tertanya, casing ini dah keluar, kenapa keluar lagi? Sebagai pencerahan, line up casing H Series ini telah diperbaharukan lagi untuk keselesaan pengguna!

Lebih Modern

Dengan USB 3.1 Gen 2 compatible USB-C connector di panel depan casing ini, ianya jadi lebih senang untuk connect dengan smartphone kepunyaan pengguna, high-speed external storage dan peripheral terkini kepada PC pengguna.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Masih Cantik

Design yang “clean”, lebih modern, cable management bar yang ikonik, dan tempered glass panel tepi yang tidak mengganggu dalam showcase build pengguna.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Build Yang Boleh Dinikmati Oleh Semua

Cable management boleh mengambil masa yang lebih daripada pemasangan PC. Sebab itu NZXT telah reka bentuk satu cable routing kit bersama pre-installed channel dan tali, untuk wiring atau cable management yang senang.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

H710i & H510i Vertical GPU Mount (i Version sahaja)

Tunjukkan graphic card korang! Dengan casing H701i dan H510i, pengguna boleh menunjukkan GPU dengan adanya mounting yang tersedia ada dalam casing dan memasangnya secara menegak atau vertical. Feature ini jugak hanya ada untuk i version sahaja. (PCIe riser card tidak dimasukkan sekali)

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Streamlined Cooling

Bracket di depan telah direka bentuk untuk radiator sehingga 280mm dan membuat memasang water-cooling lebih mudah. Dua AER F 120mm fans dimasukkan sekali untuk optimal internal airflow dan di bahagian depan dan juga PSU dimasukkan sekali filter yang boleh ditukar ganti.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Smarter (i Version sahaja)

H series ini mengandungi reka bentuk yang dibaik pulih termasuk re-design SSD tray, flush tempered glass mounting dan beberapa pembaikan untuk build yang menarik. Smart Device V2 dimasukkan sekali microprocessor yang lebih laju dan memberikan NZXT CAM-powered control kepada dua HUE 2 RGB lighting channel dan 3 fan channel yang support samada voltage regulated atau PWM fans.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Powered by NZXT CAM (i Version sahaja)

Gunakan software NZXT CAM untuk mengawasi dan control build pengguna, memilih daripada preset atau buat sendiri preset RGB pilihan masing-masing untuk RGB lighting dan fans untuk membina PC idaman pengguna.

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing

Harga

Untuk harga setiap casing ini, boleh dilihat pada bawah ini:

racun-tech-nzxt-pc-gaming-casing-pricing

So, adakah korang sebagai gamer inginkan casing-casing yang menarik ini? Jangan risau, casing ini sudah available di Malaysia. Casing-casing NZXT ini juga sebenarnya adalah terhad so jika korang lambat, tak dapat lah jawabnya nanti. Bukan tu sahaja, membeli casing ini akan disediakan sekali NZXT Under Glow kit untuk setiap pembelian casing NZXT! So jangan lupa untuk mendapatkannya gais!

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: