One Punch Man: A Hero Nobody Knows, Game Lawan-Lawan 3 Vs 3!?

Malangnya Game Ini Tak Habis Dengan Satu Tumbukan Dengan One Punch Man

Haritu dah diumumkan game untuk siri anime One Punch Man untuk mobile tetapi ini lain pula kesnya. Kali ini kita bakal didatangi dengan game One Punch Man jugak tetapi untuk platform PC, PS4 dan Xbox One! Game One Punch Man: A Hero Nobody Knows, adalah game Fighting dan juga merupakan Tag Team 3v3. Game ini dibuat oleh developer Spike Chunsoft, developer untuk game Jump Force dan One Piece: Burning Blood.

Tidak seperti game One Punch Man: Road To Hero yang merupakan card battle, game ini menggunakan tema fighting dan walaupun ada sedikit persamaan (daripada segi perlawanan macam anime), tetapi masih tidak tahu jika game ini akan mengikut langkah Jump Force.

Gameplay One Punch Man: A Hero Nobody Knows

racun-tech-one-punch-man

Gameplay untuk game ini macam yang dikatakan, adalah fighting dan tag team 3v3. Maksudnya korang akan berlawan secara 1v1 dengan enemy dan boleh bertukar ahli pasukan semasa dalam perlawanan nanti. Cara berlawan setiap character pun berbeza dan unik mengikut gaya masing-masing.

Tetapi jika korang ingin melihat Saitama ataupun One Punch Man itu sendiri berlawan dengan hanya satu tumbukan, nampaknya game ini mengecewakan korang. Sebab game ini telah dijadikan satu game balance atau seimbang maka semua character akan berlawan seperti biasa. Tapi tidak tahu jika Saitama akan ada keunikannya sendiri nanti.

Antara character yang boleh dipakai ditunjukkan dalam trailer adalah Saitama, Genos iaitu cyborg dan juga anak murid Saitama, Speed-o’-Sound Sonic iaitu ninja yang sangat laju, Hellish Blizzard Fubuki gadis psikik dan adik kepada Tornado dan juga Mumen Rider merupakan hero biasa tanpa sebarang kuasa dengan basikal sejatinya. Trailer itu juga berakhir dengan Lord Boros, enemy utama bagi season one One Punch Man. Menandakan mungkin game ini sampai ke season 1 untuk siri anime ini sahaja.

Game ini masih dalam development lagi so tak sabar untuk tengok hasilnya selepas dah siap nanti. Game ini akan dikeluarkan untuk PS4, Xbox One dan PC.

Sumber: Polygon

See Also: Steam Summer Sale Live Sekarang!!! Awesome!!!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: