Overwatch ialah game First-Person Shooter multiplayer. Dua team akan berhadapan antara satu sama lain mengikut game mode yang dipilih. Mulai hari ini, game itu daripada USD 39.99 turun ke USD 19.99 untuk Standard Edition. Yang Legendary Edition pula, USD 69.99 menjadi USD 39.99. Harga tersebut hanyalah pada PC sahaja.

Kalau untuk kita di Malaysia ni, Standard Edition dah turun daripada RM 170 ke RM 80. Legendary Edition daripada RM 290 ke RM 170.

Selepas 3 tahun game tu dah keluar, akhirnya Blizzard Entertainment potong harga. Kalo dalam dollar mungkin nampak sikit. Tapi dalam Ringgit lain ceritanya. Daripada lebih seratus ringgit dah jadi dalm 80 je. Murah tu bro, aku ni main Overwatch time ada event free-to-play je. Itupun dua kali setahun. Dengan harga murah ni at least korang boleh la beli. Tak makan sehari takpe, nasi bujang seminggu cukup. Asalkan dapat pakai Tracer…

Mengikut standard di Malaysia, game sepatutnya free je. Itu yang aku faham hidup di dunia “bermain game crack download dari internet” ni. Tapi lama-lama, aku diperkenalkan dengan konsol-konsol seperti Playstation 3 dan Nintendo 3DS. Masa tu la aku tengok harga satu game sama macam bayar sewa rumah. Paling basic harga game around RM 60. Itupun game yang keluar time zaman Parameswara lagi (hiperbole).

Tapi tulah… nak buat game bukan senang. Satu game pun tak tau berapa company yang dah bertungkus-lumus bekerja untuk siapkan. Dah release game tu, kita pun judge game tu. “Tak best lah, bosan lah.” Tak bersyukur langsung. (Tapi diorang pun kena la berusaha buat game yang best. Kalo setakat muka karakter je real pastu game glitch cam hampeh tak leh gak).





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: