Paul Allen, Pengasas Bersama Microsoft Meninggal Dunia

Paul Allen, pengasas bersama Microsoft telah meninggal dunia. Seorang dermawan teologi dan teknologi yang dilahirkan di Seattle yang berusia 65 tahun itu meninggal dunia disebabkan kanser limfoma.



Beliau mempunyai sumbangan yang tinggi di Microsoft dan dikatakan telah mengetuai QDOS yang membantu Microsoft mendapatkan kontrak untuk menawarkan DOS yang dijalankan pada PC keluaran IBM. Sehingga kini, beliau kekal sebagai penasihat strategi di syarikat tersebut walaupun pernah meninggalkan Microsoft pada tahun 1983.

Allen juga mengasaskan institut yang didedikasikan untuk kajian dan kemajuan sains dan beliau memiliki Seattle Seahawks dan Portland Trail Blazers.

*Setiap yang bernyawa pasti akan mati, jasa dan budi akan diingati selamanya.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 


Leave a Comment

Scroll to Top