Pemain pro CS: GO menipu dan di ban selama lima tahun??

author image by Moon | Gaming | 0 Comments | 25 Oct 2018

Nawatil ‘Kumawat, bekas anggota team CS: GO OpTic India telah ditangkap kerana menipu semasa final Extremesland Asia dan di ban oleh Gabungan Integriti Esports untuk semua aktiviti berkaitan esports atau dengan mana-mana organisasi ahli ESIC selama lima tahun.

ESIC menyatakan bahawa keterangan terhadapnya mempunyai keraguan dan dia juga menipu bukan hanya di Extremesland Asia tetapi juga di kejohanan ASL India Premiership pada awal bulan lalu yang dimenangi oleh team OpTic India. Selain itu, terdapat banyak bukti yang diterima secara terbuka selama beberapa hari dan pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mendakwa kesalahan Kumawat itu dengan mengikut prosedur dan di ban daripada semua aktiviti eksports tersebut.



Mereka telah menghubunginya beberapa kali tetapi Kumawat tidak menjawab panggilan daripada pihak ESIC untuk mempertimbangkan bukti dan memberikan peluang untuk mengaku bersalah sebelum diserahkan ke Panel Tatatertib Bebas mereka.

Sepatutnya Kumawat di ban seumur hidup tetapi, ESIC memilih untuk melarangnya selama lima tahun kerana kesalahannya sebelum ini, pada tahun 2017.

“Sudah tentu sangat sedih apabila sesuatu seperti ini berlaku di esport, dan kes ini amat mengecewakan kerana kami telah menunjukkan belas kasihan dan pertimbangkan untuk Kumawat dalam urusan kami yang terdahulu dengannya. Selain itu, ia telah menjatuhkan prestasi besar terhadap India CS: GO dan sukan yang mempunyai pretasi yang sangat baik sebelum ini, “kata pesuruhjaya ESIC Ian Smith. Beliau juga berharap selepas ini tidak akan berjumpa lagi orang seperti Kumawat.

Walaupun Kumawat tidak memberikan respons apabila pihak ESIC menghubunginya, mereka meminta maaf sendiri kepada AFK Gaming atas kelakuan Kumawat yang mana rakan lain tidak tahu yang dia menipu. OpTic India telah membubarkan team CS: GO selepas Kumawat ditangkap.



*Huishh.. boleh pula main menipu dalam pertandingan besar macam ni.. kesian anggota team lain. hm

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.








[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: