Para peminat Halo sangat berterima kasih kepada 343 Industries. Sehinggakan mereka menghantar pizza kepada mereka. Ianya sebagai tanda penghargaan daripada mereka. Namun, terlampau banyak pizza tak bagus untuk anda. Perkara yang sama boleh dikatakan kepada mereka.

Sejurus pengumuman mengesahkan Halo: Master Chief Collection untuk PC, fans jadi gile-gile. Sehinggakan salah seorang peminat mengatakan “akan belikan pekerja 343 yang pertama komen saya sekotak Pizza jika MCC untuk PC diumumkan.” Brian Jarrard, community director untuk 343, mengambil serta thread tersebut.

Selepas pengumuman dikeluarkan pada hari Selasa lepas, Jarrard tweet, “Ianya sudah bermula. Pizza sebenar-benarnya sedang muncul di studio?” Dia berterima kasih kepada @GameCheat13, seorang modder Halo yang sangat gembira, untuk pizza tersebut.

Selepas menerima beberapa pizza, Jarrard tetap terharu atas jasa dan niat baik komuniti menghantar pizza. Tapi dia berharap para peminat menghentikannya. Dia mengatakan “Komuniti Halo sangat awesome. Kami teruja juga! Tolong jangan hantar kagi pizza ke 343 Industries. Kami tidak mahu ianya jadi satu pembaziran.”

Apa kata anda? Adakah anda bersedia untuk bermain Halo? Tunggu apa lagu?! Upgrade PC anda sekarang di Racuntech.





[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: