Pencipta PUBG, PlayerUnknown, Meninggalkan Gamenya



Beliau merupakan perintis genre Battle Royale. Selepas bertahun menyempurnakan PUBG, Brendan “PlayerUnknown” Greene akan meninggalkan projek tersebut dan memulakan projek baru dalam PUBG Corp. Tugas itu akan diberikan kepada Taeseok Jang, art director game tersebut.

Greene akan berpindah ke Amstredam daripada Seoul. Dia akan mengetuai team khas developer PUBG untuk projek seterusnya. Bila ditanyakan Greene, dia mengatakan “Kami ditugaskan untuk meneroka, mengeksperimen dan menghasilkan teknologi, alat, pipeline dan gameplay baru. Tetapi untuk saya, ia lebih daripada itu. Bersama-sama kami sebagai satu pasukan game developer dan researcher, kami akan menerokai kemungkinan baru tentang kebolehan berinteraksi serta connection dalam ruang game.

Disebabkan genre Battle Royale sedang dipenuhi dengan game-game baru, Greene nampaknya sedang menyelidik tentang perkara besar seterusnya. Beliau tidak mengatakan bahawa projek seterusnya akan berkait dengan PUBG. Pasukannya ditugaskan untuk mencipta perkara baru untuk masa depan gaming.

Seperti game Portal, Dota 2 dan League of Legends, ia bermula daripada seorang gamer yang passionate dalam menghasilkan game. Mereka bermula daripada menghasilkan mod untuk game lain. Untuk PUBG, ia bermula daripada mod DayZ Battle Royale daripada game ARMA 2. Lama-kelamaan, beliau menghasilkan game daripada permulaan dan mula menjualnya sebagai Steam Early Access. Ia menjadi popular dengan cepat sehingga keluaran penuh pada December 2017. Ianya sangat popular sehinggakan Tencent membeli sahamnya sebanyak 10%. Anda tahu game itu berjaya bile Tencent inginkannya.



Leave a Comment

Scroll to Top