Semua pengguna dah boleh akses ke Discord Store Global Beta?!

Bermula hari ini, semua pengguna Discord akan mempunyai akses ke beta kedai kami dan boleh pilih langganan Nitro baru mereka. Boleh check it out video bawah ni;

Beberapa bulan lepas, Discord melancarkan beta game store yang mana ia hanya terhad untuk pengguna akses. Tapi kini, Discord telah membuka peluang yang mana semua pengguna Discord boleh akses dan digelar sebagai Discord Store Global Beta.

Bagi mereka yang tidak familiar sangat dengan storefront ni, Discord Store Global Beta boleh didapati secara langsung dalam aplikasi itu dengan library tersedia yang membolehkan seseorang mencari dan lancarkan permainan yang dimilikinya, tidak kisah daripada service mana pun game tersebut. Bila anda tekan klik pada pilihan Store-ia membawa anda ke page yang mempunyai pelbagai games dari terdahulu punya dan yang paling baru eksklusif adalah ‘First On Discord‘ game.



Satu daripada game ini adalah game dari Mild Beast Games yang dipanggil At Sundown. Ia akan tersedia untuk PC secara eksklusif di store mereka sebelum ia dilancarkan ke PlayStation 4 dan Xbox One. Macam banyak je plan lebih eksklusif untuk etalase pada masa hadapan. Makin ramai peminat dan makin maju ni.

Walaupun kini semua pengguna boleh akses ke Discord Store Global Beta, tapi kita masih tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang menggunakan Discord, dan ramai juga yang guna setia dengan Steam.

*Sis rasa banyak lagi penambahbaikan yang dibuat oleh mereka untuk menjadikannya lebih baik untuk tarik pengguna.

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

 

 

 

 

Leave a Comment

Scroll to Top