Sesetengah Pengguna PS4 Terpaksa Reset Semula Selepas Menerima Mesej GANJIL

 

Sebelum ini, pengguna PlayStation 4 dinasihatkan untuk menetapkan mesej mereka secara peribadi atas sebab masalah tidak menggunakan konsol mereka selepas menerima mesej pelik. Orang yang menghantar mesej ini akan menyebabkan konsol tidak boleh digunaka dan terpaksa di reset semula ke kilang agar ia dapat berfungsi semula.

Menurut ramai pengguna Reddit, mesej itu tidak dapat dipadamkan dari apikasi mudah alih. Ada juga yang menerima mesej itu untuk memaksa mereka reset semula konsol mereka. Itu adalah antara yan dinyatakan oleh beberapa para pengguna Reddit. Pengguna juga meminta supaya pihak PlayStation bertindak dengan seepat mungkin untuk mengatasi masalah tersebut.



Pihak Sony Interactive Entertainment masih belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai perkara itu. Kemungkinan besar, mereka masih menyiasat perkara itu dan hanya akan keluarkan update apabila mereka mendapati punca sebenar berlakunya perkara ini.

*Buat masa kini, baik korang bertindak dengan tetapkan pilihan mesej korang kepada privasi supaya perkara ini tidak berlaku dimasa akan datang. Baik buat sekarang sebelum terkena, betul tak?

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.






Leave a Comment

Scroll to Top