Perginya Seorang Pelakon Suara Latar One Piece…

author image by e-jam | Filem | 0 Comments | 11 Feb 2019


Yes, seperti gambar dilihat di atas, pelakon suara latar untuk Whitebeard daripada siri anime One Piece iaitu Kinryu Arimoto telah meninggal dunia. Baru-baru ni pada 8 Februari telah diumumkan yang Kinryu telah meninggal dunia disebabkan penyakit cancer Esophageal.

Beliau meninggal pada 1 Februari tapi diumumkan pada 8 Februari seminggu selepas perginya beliau. Selain menjadi suara untuk character famous macam Whitebeard daripada One Piece, Kinryu jugak telah melakonkan suara latar untuk Commissioner Nogami dalam City Hunter, Patrick Zala dalam Gundam Seed dan Tomomi Masaoka daripada Psycho-Pass.

Beliau jugak telah jadi pelakon suara latar dubbing ke bahasa Jepun untuk beberapa filem Hollywood. Beliau telah disahkan menghidap penyakit cancer Esophageal sejak tahun lepas. Semoga perginya beliau dalam keadaan yang aman. Rest in Peace Kinryu Arimoto/Whitebeard, you will always be remembered.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



%d bloggers like this: