Peripheral bajet Cooler Master yang perlu dimiliki (RM3++)!

Gaming sedap dengan keyboard CK550 Cooler Master!

racun-tech-gaming-keyboard-peripherals

Kali ni kita akan mengenali sebuah peripheral iaitu keyboard yang dikeluarkan oleh Cooler Master iaitu CK550 mechanical gaming keyboard. Gaming keyboard CK550 ini merupakan antara line up padu yang dikeluarkan oleh pihak Cooler Master. Bukan hanya pada rupa luaran, tetapi performance yang dijanjikan juga sangat berbaloi dengan harga yang sangat bajet dan menjadikannya salah satu peripheral yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

Peripheral yang berbaloi? Bajet? Kenapa?

Apabila disebut berbaloi, mesti ingin tahu apa yang membuatkan peripheral berbaloi betul? Untuk menjawab itu, keyboard ini pertama sekali mempunyai RGB mode yang menarik.

Total RGB mode yang ada pada keyboard ini ada 16 mode dan kesemuanya adalah untuk korang pilih nak yang mana satu. Tapi yang special adalah semestinya mode yang terakhir iaitu mode “Snake” yang membolehkan korang untuk memainkan game snake yang biasa kita boleh main di phone Nokia lama (ahh the good times).

Sebagai tambahan, top cover keyboard ini dibina menggunakan material aluminium untuk mendapatkan pantulan atau “reflection” RGB yang cantik.

Untuk menggunakan mode RGB ini, hanya perlu tekan pada button FN yang digantikan dengan logo Cooler Master dan tekan button F5. Jika nak tukar warna RGB, tekan FN dan F1 dan sebagainya di mana korang boleh selongkar sendiri nanti.

Gif di bawah menunjukkan mode “Snake” itu.

Selain itu, keyboard switch kepada gaming keyboard ini jugak memainkan peranan penting dalam penggunaannya dalam gaming. So kita pun masuk dengan lebih mendalam lagi. Keyboard ini adalah jenis mechanical keyboard dan bagi gamers, sangat-sangat disyorkan untuk memilikinya. Keyboard ini menggunakan keyboard switch jenis Gateron (ada tiga iaitu Red, Brown dan Blue).

racun-tech-CK550-keyboard-switch

Jika korang ingin mengetahui apa perbezaan antara keyboard switch, boleh baca mengenai jenis-jenis keyboard switches di sini. Untuk pengetahuan korang, Gateron adalah salah satu produk keyboard switch clone kepada keyboard switch Cherry MX. Keyboard switch jenis Gateron ini juga sangat famous dalam kalangan gamers di luar sana.

Specification peripheral gaming keyboard Cooler Master CK550

Di bawah menunjukkan info dan spec mengenai peripheral gaming keyboard mechanical CK550 ini:

Product Number: CK-550-GKGM1-** (Brown Switch), CK-550-GKGL1-** (Blue Switch), CK-550-GKGR1-** (Red Switch)

Keyboard Switch Type: Gateron

Material: Plastic, Aluminum

Color: Gunmetal Black

Led Color: RGB

Keyboard Polling Rate: 1000Hz

Keyboard Response Rate: 1ms / 1000Hz

Keyboard MCU: 32bit ARM Cortex M3

On Board Memory: 512KB

On-the-fly System: Yes, for Multi-media, Macro Recording and Lighting Control

Multimedia Keys: Through FN

Cable: Fixed Rubberized 1.8m

Software: Yes, through Portal

Connector Cable: USB 2.0

Cable Length: 1.8m

Dimensions: 460(L) x 135(W) x 41(H) mm

Weight: 850g

Warranty: 2 years

Product: Keyboard

Keyboard Type: Mechanical

Series: CK Series

Product Name: CK550

Kesimpulannya… Video Review!

racun-tech-gaming-keyboard-peripherals

Keyboard ini boleh dimiliki oleh para gamers di luar sana. Pada pendapat sendiri, keyboard ini memang berbaloi walaupun berharga RM269. Dikatakan berbaloi sebab yang penting adalah performance pada reponse rate dan kesesuain penggunaan keyboard switch type Gateron pada keyboard ini. Jika korang adalah seorang pengguna yang inginkan bunyi kepuasan, maka boleh beli keyboard ini dengan keyboard switch jenis biru, jika untuk dedicated gaming, maka boleh beli yang merah atau coklat.

Di bawah ini adalah video oleh kami Racun Tech mengenai review gaming mechanical keyboard ini serta gaming mouse CM310 oleh Cooler Master.

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: