Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Perkara Yang Perlu Diketahui Sebelum Membeli Gaming Monitor

Monitor adalah satu item yang penting bagi gamers untuk menghasilkan visual game yang mereka tengah bermain samada untuk PC atau console seperti PS4, Xbox dan Nintendo Switch. Tetapi tahukah monitor mana yang sesuai untuk dibeli? So kita pun masuk lah perkara-perkara tentang monitor yang perlu korang tahu sebab benda ini penting jika korang ingin membeli monitor pada suatu masa nanti. 

Resolution

racun-tech-screen-resolution

Jadi, salah satu benda penting yang perlu diketahui adalah display resolution monitor itu. Gaming monitor sekarang akan boleh mempunyai resolution seperti 1080p (Full HD), 1440p (QHD/2K) dan juga 2160p (UHD/4K).

Untuk pengetahuan korang, resolution ini lah yang memain peranan dalam membuatkan satu display itu cantik. Lebih tinggi resolution bermakna lebih tinggi pixel count dan itu juga bermaksud lebih cantik detail visual dan kejelasan image yang tinggi.

Tetapi apa yang membuatkan resolution tinggi daripada digunakan kepada maksimum mungkin adalah limitasi hardware. QHD atau Quad High Definition semakin lama menjadi standard bagi setup mid-range gaming yang mampu menampung kestabilan 30 FPS. Tetapi untuk UHD iaitu Ultra High Definition pula lain ceritanya. Untuk menampung UHD yang mempunyai resolution 4K dan 8K ini, korang perlu menggunakan GPU yang paling high-end demi penggunaan monitor yang mempunyai UHD ni dengan maksimum.

So jika korang ingin membeli monitor yang mempunyai resolution yang tinggi, ingat perkara ini dahulu iaitu setup gaming korang range yang macam mana supaya dapat menggunakan kualiti resolution monitor dibeli semaksimum mungkin. 

Refresh Rate

racun-tech-screen-tearing

Refresh rate ini adalah kadar mana monitor korang ada untuk refresh satu image per second. Ini juga menentukan berapa banyak frame per second yang dapat dipaparkan pada monitor. Refresh rate ini dikira dalam Hertz (Hz). Jika korang mempunyai monitor yang tidak mempunyai refresh rate yang tinggi, tetapi mempunyai GPU yang sangat kuat, maka Screen Tearing akan berlaku

Untuk gaming monitor, disyorkan untuk beli monitor yang mempunyai refresh rate sebanyak:

  • 60Hz
  • 144Hz
  • 240Hz

Jika korang ingin membeli monitor, pastikan refresh rate itu tinggi dan seperti yang disyorkan di atas.

Flat Atau Curve?

racun-tech-perkara-perkara-yang-perlu-diketahui-monitor

Itu ikut kepada pilihan korang. Tetapi apa yang best tentang monitor jenis curve ini membolehkan korang melihat satu screen secara keseluruhan dengan senang. Ianya membuatkan korang seolah-olah korang memasuki game itu. Tetapi keputusan untuk membeli curve atau flat monitor ini adalah mengikut keputusan korang.

Panel Type

racun-tech-perkara-perkara-yang-perlu-diketahui

LCD LED:

TN

Twisted Nematic ataupun nama pendeknya iaitu TN adalah monitor yang popular dalam kalangan para gamers. Faedah besar kepada monitor ini adalah ianya memberikan response time yang sangat laju, yang, sangat bagus untuk gaming. Tetapi monitor yang mempunyai jenis TN ini mempunyai viewing angle yang tak seberapa bagus jika dibandingkan dengan lawannya iaitu monitor jenis IPS. Color Accuracy untuk monitor jenis TN ini jugak tidak seberapa bagus. Maka monitor yang mempunyai panel type jenis TN ini lebih sesuai untuk gaming daripada kerja yang harus menggunakan kualiti yang kritikal seperti video editing dan photo editing.

Faedah:

  • Response Time yang lebih laju
  • Lebih Murah
  • Display Lag yang rendah (bermakna masa daripada image untuk transfer ke monitor adalah cepat)

Kelemahan:

  • Viewing angle yang tak bagus (jika dilihat dari perspective lain maka warna berubah
  • Color Reproduction yang rendah

 

IPS

In-Plane Switching atau IPS adalah monitor yang lebih mahal berbanding monitor jenis TN tetapi lebih superior atau lagi bagus berbanding monitor jenis TN. Yang lebih bagus dimaksudkan itu adalah daripada segi warna display yang membuatkan monitor ini bagus untuk photo dan video editing. Tetapi jangan risau, peringkat demi peringkat, pengilang membuat monitor jenis IPS ini lebih laju response time. So walaupun harga yang mahal tetapi monitor jenis ini menjanjikan kualiti yang bagus, lagi-lagi monitor jenis Super IPS atau S-IPS. 

Faedah:

  • Color reproduction yang lebih cantik
  • Viewing angle yang cantik dan tidak menukar warna di screen dari angle yang berbeza
  • Bagus untuk video dan photo editing

Kelemahan:

  • Monitor jenis ini lebih mahal berbanding monitor jenis lain
  • Response Time kurang sedikit berbanding monitor jenis TN

 

VA

VA iaitu Vertical Alignment adalah satu panel type yang memberikan lebih tinggi nisbah contrast berbanding panel type IPS. Ini bermaksud monitor jenis VA ini memberikan tahap kehitaman yang mendalam. Ianya juga memberikan color accuracy dan viewing angle yang lebih bagus berbanding monitor jenis TN. Tetapi monitor jenis VA ini juga mempunyai kelemahan dia iaitu monitor jenis VA ini mempunyai sesuatu benda yang orang tidak ingini iaitu Ghosting effect. Ghosting effect ini adalah seperti pada display game korang ada after image daripada satu objek, lagi-lagi game yang mempunyai banyak pergerakan.

Faedah:

  • Viewing angle yang bagus
  • Color Reproduction yang lebih bagus berbanding TN panel type
  • Mempunyai kehitaman dan contrast yang lebih bagus 

Kelemahan:

  • Color Reproduction yang tidak sebagus IPS
  • Mempunyai Ghosting Effect

 

OLED:

Salah satu panel type yang korang perlu tahu adalah Organic Light Emitting Diode panel. OLED screen menggunakan tranmissive display yang menghasilkan backlit pixels tersendiri daripada bergantung kepada backlighting diberikan oleh LED yang lebih besar. Ini membenarkan untuk monitor ini untuk menutup pixel secara invidu dan mencapai tahap kehitaman yang tepat. Tapi kelemahan terdapat pada monitor jenis OLED ini ianya tak dapat terang seperti LED bersamaannya.

 

HDR:

HDR ataupun High-Dynamic Range, bertujuan untuk mendapatkan color gamut yang lebih meluas daripada standard sRGB. Monitor yang mempunyai HDR boleh mendapat contrast yang lebih tinggi di antara cahaya dan gelap pada screen untuk menampakkan image yang realistik. Apabila membeli monitor yang mempunyai 4K resolution, mempunyai contrast dan color depth yang tinggi lah mampu membuat 4K resolution itu lebih daripada luar biasa.

Monitor yang mempunyai HDR ini memfokuskan kepada perbezaan di antara paling cerah dalam keputihan dan paling gelap dalam kehitaman. Sebab itu monitor OLED dan LED mampu menemui syarat-syarat HDR. So jika korang mempunyai PS4 atau Xbox One, sangat-sangat disyorkan untuk membeli monitor jenis ini.

Connectors

Sebelum beli monitor juga harus dipertimbangkan bahawa jika monitor ada benda ini.

Display Port

Display Port adalah standard version punya connectors bagi gaming monitor sekarang. Ianya mampu tampung HDR dan 8K/60FPS dan 4K/120FPS. Display Port jugak mampu support audio. 

HDMI

Juga memaparkan visual dan audio seperti Display Port tetapi HDMI tidak sekuat seperti Display Port yang boleh memaparkan visual setinggi 4K dan 8K sebab ianya cap atau menghadkan visual sehingga 60Hz. Tetapi HDMI masih mampu untuk tampung untuk mid-range gaming dan ada HDMI seperti HDMI 2.0 yang support sehingga 240Hz.

 

Tetapi untuk gaming, amat disyorkan untuk monitor yang mempunyai Display Port connectors untuk gaming.

So selepas dah mengetahui perkara-perkara ini, korang sudah boleh untuk membuat pilihan yang tepat untuk membeli monitor yang sesuai untuk gaming korang. So keep it cool, stay safe dan ciao~

See Also: Apa Yang Kita Tahu Tentang Elden Ring Game Awesome FromSoftware, PermaDeath Dan Bermain Sebagai Siapa-Siapa Sahaja Wow!, ILLEGEAR ROGUE : Laptop Power On-The-Go!, Monster Hunter Movie Leaked Preview!? Cool!!, Elon Musk Taknak Kreditkan Fan Artist Untuk Karya Nier: Automata

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: