Perubahan ID PSN akan datang tapi ada isu. Kenapa?

Pengumuman yang dibuat oleh PlayStation dimana perubahan ID PSN Online bakal dilancarkan awal tahun 2019 untuk semua pengguna, ada beberapa peringatan dan isu untuk perubahan tersebut.

Antara soalan dan isu yang berlanjutan adalah seperti, tidak semua game akan dapat support dengan perubahan ID PSN ini. Hanya game yang dikeluarkan start pada 1 April 2018 yang terlibat dengan perubahan PSN, dan sementara pemilihan game lain akan diberitahu kemudian. PlayStation juga telah menyatakan secara khusus bahawa tidak semua game dan aplikasi PS4, PS3 dan Vita terlibat dalam proses perubahan ini.



Selain itu, mereka juga mengesahkan bahawa akan ada beberapa yang tidak sesuai yang boleh membawa kepada masalah perubahan ID, so akan ada pemain yang tidak perlu tukar ID baru atas sebab tertentu.

Sis tidak tahu secara spesifik mengenai perubahan-perubahan ini dan apa-apa isu yang mungkin akan timbul, tapi sis akan beritahu balik apa masalah tersebut. So stay tuned for updates on the road!



P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.





		
		
			

Leave a Comment

Scroll to Top