Player Yang Malas Akan Di Ban Sementara Daripada Main Apex Legends

racun-tech-apex-legends-feature-image

Istilah Piggy-back (penumpang) ni selalu digunakan dalam mana-mana game tapi baru-baru ni dekat Apex Legends lagi banyak digunakan. Apa tu piggy-back? Bukan piggy-back dukung belakang tu tau tapi kalau dalam game online lain, lagi-lagi game yang menggunakan concept team. Istilah ni bermaksud seseorang yang tak berusaha tapi nak senang menang atau senang cerita tak function dalam satu team.

Begitu lah yang sering terjadi dalam game Apex Legends dan jugak game-game lain. Kebiasaannya dalam game online lah kalau korang nampak ada seorang player duduk diam tak buat apa-apa, itu lah dia. Korang jangan kasi chance, terus report je okayy. So dalam Apex Legends, ramai yang dah complaint dengan Respawn Entertainment pasal player macam ni. Setelah sekian lama akhirnya Respawn dah bukak langkah.

racun-tech-apex-legends-piggy-back

Cara Counter Piggy-Back Dari Respawn Entertainment

Untuk counter tindakan piggy-back ni, diorang akan monitor setiap perlawanan dan diorang akan ban mana-mana player yang dilihat menggunakan taktik atau berkelakuan seperti tu. Benda ni untuk menghalang player yang senang duduk diam manakala teammates susah payah lawan enemy. Selain daripada ban ni, ramai jugak player yang memberikan suggestion untuk counter benda ni.

Antaranya, membolehkan system report kepada teammate. Sebelum ni dah ada system report tapi tu ke player yang bunuh kita (tapi tu pun sebab cheat je sekarang macam kurang). Seterusnya, memberikan XP yang banyak kepada player yang survive lama berbanding teammate yang mati awal. Walaupun berikan XP yang banyak kepada yang survive, players jugak cakap kurangkan XP player penumpang ni.

Banyak idea yang dikeluarkan oleh players tapi adakah Respawn akan mengikut kata-kata diorang? Yang mampu ktia buat hanyalah tunggu sahaja. Respawn jugak berkata diorang akan reveal apa yang ada dalam Season 2 Apex Legends di E3 pada bulan June nanti so ada itu untuk kenyangkan kelaparan Apex Legends kita. Apa-apa pun keep it classy and stay safe, ciao gais~

Sumber: Polygon

See Also: Mobile Version Apex Legends On The Way!?, Titanfall 3 Ditunda, Fokus Apex Legends, Menentang Hukum Fizik Dalam Apex Legends, #RacunTips Shoot Dengan Baik Dalam Apex Legends

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami terus!
PM RacunTech (http://senang.la/nak/racuntech)

RacunTech, Computer & PC Setia Alam, Shah Alam

avatar

E-jam

Jazz lover, Gundam enthusiast, and especially a gaming nerd.


[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: