Pre-Order ROG Phone pada 13 Oktober ini? ASUS buat promo untuk produk lain juga?!

Sis dapat berita khabar angin yang ASUS Malaysia sedang bekerjasama dengan Shopee Malaysia untuk menjual produk ASUS sempena ASUS Super Brands Day di platform Shopee Online. ASUS juga akan membuat promosi hebat sehingga RM400 potongan harga untuk produk terpilih dari 13 Oktober – 17 Oktober ini. ROG Phone juga bakal membuat pre-order untuk umum dalam tempoh tersebut.

Sis tak sangka gaming phone ini akan membuat pre-order sebelum ia diperkenalkan secara rasmi di Malaysia pada 22 Oktober. Harga masih belum disahkan, jadi korang boleh lah siap sediakan wallet pada 13 Oktober ini untuk membuat pre-order.



Sempena ASUS Super Brands Day, banyak promosi yang dibuat dan antara produk yang ditawarkan adalah routers, peripherals dan monitor. Korang boleh dapatkan harga router ASUS RT-AC86U lebih murah berbanding dengan harga jualan semasa dan barang-barang lain seperti ROG  Strix Impact yang mempunyai diskaun yang banyak. Nanti korang bolehlah check di Shopee. Check dan buka lah Shopee tu dari 13 Oktober-17 Oktober.

*Hmm, sebelum ni pun ASUS ada buat dengan LAZADA.. Tapi mungkin ada leaks kot?Ahaaa

 

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.

Leave a Comment

Scroll to Top