Processor tanpa iGPU? Serious ah Intel kedekut??




Intel nak keluarkan processor tanpa iGPU? Betul ke?

Nampaknya Intel merancang untuk keluarkan processor tanpa integrated graphic . Sebelum ni kita ketahui, yang Intel ada masalah dengan pengeluaran 14nm. Intel mahu keluarkan processor tanpa iGPU kerana mereka mengatakan ia boleh menjadi lebih murah daripada processor yang memiliki iGPu. Itulah perancangan Intel untuk selesaikan masalah harga yang pricey.

Dalam event gigabyte , dimana chipset AMD X57O dan Ryzen 3000 telah disebutkan yang mana dua cip ini bakal dikeluarkan tak lama lagi sekitar bulan Mac 2019. Sehubungan dengan itu, Intel juga merancang akan melancarkan 6 jenis processors di pasaran tanpa ada iGPU. Model yang tiada iGPU, namanya mempunyai akhiran huruf F seperti i9-9900KF, i7-9700KF, i5-9600KF, i5-9400F, i3-9350KF dan i3-8100F.

 

Dalam kenyataan TechPowerUp menunjukkan bahawa terdapat beberapa pendedahan mengenai processor ini. Yang mana menyatakan, bahawa mostly daripada processor yang K version menggunakan graphic card yang dedicated dan tidak perlukan iGPU lagi. AMD mendapat tahu yang perkara ini dapat mengurangkan kos pengeluaran. Dalam Core i9-9900K, iGPU memerlukan satu perempat RAM untuk menggantikan memori khas seperti yang ada dalam graphic card. Manakala, dalam quad-core seperti i3-9350K memakan separuh. Sebab itu Intel tidak keluarkan processor yang ada iGPU dan akan ia tak akan ganggu RAM.

Mesti korang tertanya-tanya bila processor ini akan keluar kan? Sis masih belum dapat berita lagi bila ia akan dikeluarkan dan yang confirm ia masih dalam engineering sample dan bukan untuk dijual kepada end user seperti kita.

P/s: Anda tidak tahu dekat mana nak buat servis komputer? Nak beli dan upgrade pc? Call team Racuntech untuk bantu anda.



Leave a Comment

Scroll to Top