Lebih 10 Juta Akaun PUBG telah ‘diharamkan’ sejak 2017-Kenapa?

Kenapa lebih 10 juta akaun PUBG ‘diharamkan’? PUBG Corperation mendapati pemain game PUBG semakin berkurangan kerana masalah penipuan.

Masalah penipuan sangat popular dalam dunia online game dan Playerunknown’s termasuk juga Battlegrounds. Sebab itu banyak komuniti PUBG mengeluh sebab pemaju sendiri tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memerangi masalah penipuan.



Berdasarkan redditor SJK045, menunjukkan 10 juta lebih akaun telah diharamkan selama 69 minggu yang lepas. Graph dibawah adalah report mingguan yang disiarkan oleh Bluehole di PUBG Cafe, Korea.

Masalah penipuan ini semakin meningkat dan kemungkinan orang yang sama mengulangi penipuan tersebut. Segala usaha PUBG Corp lakukan tidak berkesan kerana SJK045 juga menunjukkan jumlah pemain PUBG semakin menurun dari jumlah 1.6 juta (dipuncak 3.2 juta) pada Januari ke 535,000 (dipuncak 1.1 juta) dalam tempoh 30 hari yang lepas.

 




		
		
			

Leave a Comment

Scroll to Top