Macam Mana Segalanya Bermula 

Dengan banyak populariti dalam genre game Battle Royale, dari PC, PS4, Xbox One dan sehingga ke Mobile, Battle Royale dah menakluki semuanya. Lagi-lagi game Battle Royale terkenal seperti Fortnite, Apex Legends, PUBG dan sebagainya. Tetapi yang boleh dikatakan top dalam senarai Battle Royale ini adalah milik Fornite dan kini PUBG ingin cuba mengembalikan semula kedudukan teratasnya dengan memasuk season baru.

Salah satu caranya adalah dengan mengeluarkan cinematic trailer baharu yang menunjukkan origin atau asal usul terlahirnya Erangel, map asal untuk PUBG. Dalam trailer tu, pulau Erangel telah diserang dan suara latar belakang, iaitu budak lelaki itu sahaja orang yang terselamat. Kini, dengan traumanya, dia akan menunjukkan kat semua orang yang sesiapa sahaja boleh terselamat.

Cinematic trailer ini ditunjukkan untuk menandakan dan mengenalkan ketibaan Season 4 PUBG, yang dikatakan akan keluar pada minggu depan. 

Update Season 4 PUBG Bakal Datang!

racun-tech-pubg-season-4

Kalau dah masuk season baru, mesti ada penambahan yang akan dilakukan betul? So dalam update untuk Season 4 ini, antaranya adalah  Erangel Visual Update.

Erangel Visual Update:

So tadi dah diberikan trailer menunjukkan origin Erangel betul? Mesti ada perubahan yang ingin dilakukan pada Erangel kalau dah bagi cinematic trailer tersebut. So, PUBG Corp telah melakukan beberapa visual update kepada map Erangel ini dengan mencantikkan lagi, dan mengubah sedikit beberapa tempat untuk mendapatkan sejarah Erangel yang sama seperti trailer tersebut.

Survivor Pass 4: Aftermath

racun-tech-survivor-pass-4-aftermath

Dengan season baru, Survivor Pass pun akan dibarukan dan kali ini dinamakan Aftermath. Dalam Survivor Pass ini, akan mengandungi masa silam dan kini Erangel dalam bentuk skin dan item melalui sejarah lama pulau Erangel tersebut. Ada lebih 100 reward menanti korang untuk diperoleh melalui membuat quest dan mission untuk mendapatkannya.

Tempoh masa Survivor Pass 4: Aftermath ini akan berlangsung pada 23 July sehingga 15 October, ditamatkan dengan live server maintenance selama 12 minggu.

Wheel UI Diperbaiki

racun-tech-pubg-wheel-ui

Sejak Apex Legends keluar dengan ping system, banyak game battle royale telah mengikutinya seperti Fornite dan PUBG. Dalam season 4 ini, Wheel UI telah diperbaiki lebih lagi untuk keselesaan pengguna. Apa yang telah dibetulkan adalah:

  • Saiz wheel telah dikecilkan, dan lokasi wheel tersebut telah dialih ke kanan screen.
  • Wheel responsive telah dinaik taraf
  • Indicator mouse telah ditambah pada tengah-tengah wheel UI
  • Total emote wheel slot dikurangkan daripada 12 > 8

dan banyak lagi update yang dikeluarkan dalam website PUBG jika korang ingin mengetahui dengan lebih lanju. Buat masa sekarang ini, update Season 4 ini masih dalam test server dan dijangka untuk keluar minggu depan. Stay tuned dan goodluck dalam mendapatkan chicken dinner itu okay?

See Also: Ahli Politik Pakistan Salah Faham Mengenai Video Stunt GTA 5, Terus Memuji Juruterbang, Nintendo Switch Lite Didedahkan Dan Berharga Sebanyak RM824 Sahaja!, ASUS MALAYSIA: HARGA GRAPHIC CARD RTX 2070S DAN 2060S DIUMUMKAN. HARGA SUPER, PERFOMANCE PUN SUPERB!, 3 Motherboard ASUS UNTUK RYZEN 3RD GEN, BERMULA RM1109!, Perkara Penting Anda Perlu Tahu Sebelum Membeli Monitor Untuk Gaming

Nak tahu macam-macam lagi informasi terbaru mengenai games & computer? Jom usha:-

Facebook RacunTech (https://www.facebook.com/TechRacun/)
Instagram RacunTech (https://www.instagram.com/racun.tech/)
YouTube RacunTech (https://www.youtube.com/c/racuntech)

& tak lupa jugak jangan lupa follow Racun Studio!

Facebook Racun Studio (https://www.facebook.com/racunstudio/)

Instagram Racun Studio (https://www.instagram.com/racun.studio/)

Kalau nak beli computer & pc area shah alam boleh pm kami



[ivory-search id="9662" title="Default Search Form"]

Laman Social Kami

Komen Terkini

%d bloggers like this: